Sape yang tak merasa ngeri dengan penyakit tu
Nampak je simbol pink ni (MAKNA) dok jauh, ape2 yang berkenaan dengannya Nauzubillah minta dijauhkan
Tapi siapa yang dapat melawan takdir Allah
Allah yang pilih, dah di tentukan sejak azali cuma manusia yang tak tahu masa depannya
Semua orang boleh rancang, plan itu ini, dah nampak dengan usahanya akan jadi begini begitu
Tapi kita hanya mampu merancang, yang betul2 terjadi telah Allah siapkan
Punca Cancer tiada siapa yang tahu secara tepat
Orang boleh kata lifestyle, orang boleh kata makan ini makan itu boleh cegah cancer
Tapi dalam kita berhati-hati makan minum, exercise, jaga ibadah dan adab dengan manusia
Bila Allah kata 'kun!'=jadi, maka jadilah ... siapa yang dapat mengelak?
Tak de seorang pun manusia yang bermimpi untuk dapat Cancer
Walau tiada history keluarga, bole jadi dialah perintisnya
Siapa yang nak penyakit ni? Tak de sape
I am now a cancer patient, had removed kedua perhiasan wanitaku
Hilang tinggal parut berkedut herot yang menakutkan pada pandangan pertama
Tapi itulah hakikat...Alhamdulillah... yang dipinjamkan telah diambil kembali
Alhamdulillah ia telah lama berkhidmat, sebelum hilang seri cantiknya, ia pulang
Bila menyorot tarikh 7hb Oktober 2013 hari perkataan itu ditujukan kepadaku oleh Dr
Terasa berpinar tapi aku akur 'Tak pe dah Allah kata gitu, saya terima'
Aku seorang dah ramai lagi patient2 lain yang keseorangan menerima berita mati itu
Dr dengan lembut ambik tangan..kata 'puan...bukan semua penghidap cancer mati kerana cancer,
orang yang tak sakit kena langgar terus mati'
Betul...mesti terkejut muka masa tu, terus Dr kesian
Alhamdulillah...dalam masa dua hari aku dapat berkomunikasi dengan dua orang yang telah 5th bebas
Survive...aku ditemukan pula dengan seorang yang dah 13yrs survive masih berpantang makan
Alhamdulillah...kalau nak kata sihir, ada anak dara yang remove rahim tiba2 disahkan cancer tahap 3
Semua Allah nak tunjuk, terimalah dengan redha ujian hidup yang sementara
Alhamdulillah seluruh keluarga kawan kawan jiran tetangga kawan2 office semua support
Big bos mat saleh pun tundukan kepala datag rumah mak yg bersiling rendah...hehe
Semua beri galakan...bukankah itu nikmat yang amat besar
Baru kita tahu semua orang dikeliling kita sayangkan kita
Subhanallah...masing2 datang peluk beri sokongan beri bantuan rezeki datang sangat besar
Alhamdulillah...nikmat Allah manakah yang engkau hendak dustakan...
Dua kali operation first small second big 5 1/2 hours, fuh!
Alhamdulillah lancar selamat dan pulang setelah dua hari, lepas opr pun Alhamdulillah
Now in recovery process wound before start kimo, schedule 9/12 but postpone
Itu lah...manusia cuma bole plan bole schedule but everything Allah decide
10hb Oct dah start mc smpilah sekarang dan akan bersambung terus sampai kimo radio habis
Lepas tu pun nak recover dari radio tu dengan kulit melecur, badan lemak kena bakar
Congak2 sendiri bukan ketentuan dalam 6-9 bulan juga lah baru bole kerja
Harap2 masih diterima bekerja...klu tak terpaksalah ambik pencen ilat dari perkeso
No comments:
Post a Comment