Labels

Showing posts with label Belajar. Show all posts
Showing posts with label Belajar. Show all posts

Thursday, March 28, 2013

Memotong kuku semasa hadas


Memang soalan cepu mas, yakinlah islam itu mudah, beramal lah dengan apa yang diyakini benar, kongsi amalan ini dgn anak dara, adik beradik tak semestinya perempuan lelaki pun kena tahu sebab mereka tidak lari dari mempunyai adik n kakak perempuan, kawan2 perempuan, isteri, anak2 & ibu, ibu saudara. Jazakallah khairan khatiran :)





potongkuku
Soalan:
Ustazah, apakah benar seseorang yang datang haid  atau berhadas besar (berjunub) tidak boleh potong kuku atau gunting rambut?
Saya mendengar seorang ahli agama berkata, jika berbuat juga anggota itu akan datang di akhirat kelak dlm keadaan kotor  jika tidak dimandikan kemudiannya. Apakah terdapat dalil-dalil yang demikian itu?


Husna, Skudai Johor.
shahidah1
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Jawapan:
Soalan ini selalu ditanya pada guru-guru agama dan sudah dijawab dengan jelas sekali. Namun saya cuba menjelaskan sekali lagi dalam ruangan ini. Semoga Allah Taala menguatkan iman kita untuk beramal dengan yakin selepas ini tanpa mempersoalkan hukum-hukum ranting ini kerana banyak lagi perkara asas yang belum kita ketahui.
Dalam surah al-Baqarah ayat 222, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah ia adalah suatu yang kotor. Kerana itu jauhilah (jangan menggauli) isteri pada waktu haid...”

Dalam buku ‘al-Fiqh 'Ala al-Mazahib al-Arba'ah (Fekah menurut Keempat Mazhab) mengemukakan: “Yang haram bagi seorang yang sedang dalam keadaan junub (termasuk datang bulan) untuk dia kerjakan adalah amalan-amalan keagamaan yang bersyarat dengan adanya wuduk seperti solat sunat dan wajib.”

Justeru, kita mengetahui tidak disyaratkan adanya wuduk untuk memotong rambut atau kuku. Dengan penjelasan di atas, dapat difahami bahawa tidak ada larangan (dalam erti kata haram) untuk membuang rambut yang gugur dan memotong kuku seperti mana yang saudari tanyakan.

Mungkin orang yang melarang itu menduga bahawa badan manusia menjadi najis ketika ia dalam keadaan junub. Dugaan ini agak mengelirukan. Nabi SAW tidak mewajibkan orang yang berjunub, termasuk yang datang bulan untuk segera mandi. Ia diwajibkan mandi, ketika hendak solat atau membaca al-Quran. Bahkan ada sebuah riwayat yang menyatakan bahawa Nabi SAW pernah berdiri untuk solat berjemaah, tiba-tiba Baginda teringat bahawa Baginda belum mandi dan segera pergi mandi kemudian melaksanakan solat. Demikianlah yang diriwayatkan oleh keenam perawi hadis yang utama (kecuali Imam al-Tirmizi) melalui sahabat Nabi, Abu Hurairah.

Boleh jadi juga, pandangan itu diambil daripada kefahaman hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud melalui Ali bin Abi Talib yang menyatakan, “Sesiapa yang mengabaikan satu bahagian dari tempat tumbuhnya rambut ketika mandi junub sehingga tidak terkena air, maka Allah akan memperlakukan begini dan begini di neraka.”

Riwayat ini di samping memiliki kelemahan dalam sanadnya, juga tidak menyebut mengenai rambut yang dipotong. Pada hemat saya, pandangan yang seperti saudari tanyakan itu sangat menyulitkan, sedangkan agama memberikan kemudahan-kemudahan termasuk dalam persoalan mandi wajib.
Sekiranya hukum memotong kuku atau menggunting rambut tidak haram, adakah larangan tersebut bermaksud makruh?
Terdapat ulamak memakruhkan kita memotong kuku, mencukur/menggunting bulu dan rambut, membuang darah (berbekam) dan seumpamanya semasa sedang berjunub dan semasa haid dan nifas. Mereka ialah Imam al-Ghazali dan Abu al-Faraj as-Syirazi (seorang ulamak dari mazhab Hanbali). Berkata Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin; “Tidak sepatutnya seseorang mencukur rambut, memotong kuku, mencukur bulu kemaluannya serta membuang sesuatu dari badannya pada ketika ia sedang berjunub kerana seluruh juzuk pada badannya akan dikembalikan kepadanya di akhirat kelak, lalu ia akan kembali berjunub.[1] Dikatakan bahawa; setiap bulu (yang dicukurnya ketika berjunub itu) akan menuntut dari tuannya dengan sebab junub yang ada padanya (kerana dicukur ketika sedang berjunub)” (Dinaqalkan dari kitab al-Iqna’, jil. 1, hlm. 91).
Mereka berdalilkan hadis yang dikatakan dari Rasulullah s.a.w. yang berbunyi;
لا يقلمن أحد ظفراً ، ولا يقص شعراً ، إلا وَهوَ طاهر

“Janganlah sesiapa memotong kukunya dan menggunting rambut kecuali ketika ia suci” (Riwayat al-Ismaili dari Saidina ‘Ali r.a.)
Namun jumhur ulamak tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Menurut mereka; tidak ada dalil dari Nabi s.a.w. yang menegah orang berjunub atau wanita yang sedang haid atau nifas dari melakukan perkara-perkara yang disebut tadi. Adapun hadis di atas, ia adalah munkar dan maudhu’ (yakni palsu), tidak harus sekali-kali dijadikan hujjah (lihat; Syarah Sohih al-Bukhari, oleh; Imam Ibnu Rajab).
 Berkata Imam ‘Atha’ (seorang Tabi’in terkenal); “Harus orang yang berjunub untuk berbekam, memotong kuku dan mencukur rambut sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu”(Riwayat Imam al-Bukhari). Imam Ahmad tatkala ditanya berkenaan hukum orang berjunub yang berbekam (yakni mengeluarkan darah dari kulitnya), mencukur rambut, memotong kuku dan mewarnai rambut atau janggutnya, ia menjawab; “Tidak mengapa (yakni harus)”.
Syeikh Atiyah Saqar dalam fatwanya juga menegaskan; pendapat Imam al-Ghazali itu tidak ada sebarang dalil untuk menyokongnya. Syeikh ‘Atiyah kemudiannya menaqalkan ulasan Imam Ibnu Taimiyyah yang berkata; aku tidak mengetahui ada sebarang dalil yang memakruhkan membuang rambut dan kuku oleh orang berjunub. Malah Nabi s.a.w. ada bersabda kepada orang kafir yang baru masuk Islam;
ألق عنك شعر الكفر ثم اختتن

“Buangkanlah darimu rambut/bulu kekufuran (yakni rambut/bulu yang tumbuh semasa kamu kafir), kemudian berkhatanlah” (HR Imam Ahmad dan Abu Daud dari ‘Uthaim bin Kulaib r.a. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no; 1580).
Di dalam hadis di atas Nabi s.a.w. hanya menyuruh orang yang baru masuk Islam itu agar berkhatan dan membuang rambut/bulu di badannya. Tidak ada arahan dari baginda supaya ia melakukannya selepas mandi, menunjukkan bahawa membuang rambut/bulu dan berkhitan itu harus dilakukan sama ada sebelum mandi atau selepas mandi.

Dalam buku al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, az-Zuhaili menulis, “Tidak makruh dalam pandangan mazhab Hambali bagi seseorang yang junub, atau dalam keadaan haid, atau nifas menggunting rambutnya, kukunya sebelum mandi.”

Pada hemat saya, pada hari kemudian, walaupun manusia dibangkitkan secara jasmani, tetapi tubuh kita bukan lagi sebagaimana keadaannya dalam kehidupan dunia.
Al-Quran menyatakan bahawa wanita-wanita penghuni syurga (yang tua sekalipun) akan dijadikan Allah SWT sebagai gadis-gadis remaja, penuh cinta dan sebaya dengan suami-suami mereka.

Ini sebagai mana yang disebut dalam surah al-Waqiah ayat 35 dan 36 iaitu: “Sesungguhnya Kami sudah ciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan yang istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)".

Dalam hal mandi wajib, mazhab Abu Hanifah meletak garis panduan bahawa wajib membasahi seluruh anggota badan yang dapat disentuh oleh air selama hal itu tidak menyulitkan. Dalam konteks kemudahan itu, ulama membincangkan wajib tidaknya rambut yang digulung atau diikat sebahagian atas sebahagian yang lain, untuk diurai terlebih dulu baru mandi.

Abu Hanifah tidak mewajibkannya, cukup membasahi. Imam Malik juga tidak mewajibkan mengurai rambut yang bersanggul selama ikatannya tidak terlalu ketat sehingga air dapat mengalir ke dalam. Alasan mereka adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, bahawa Ummu Salamah bertanya kepada Nabi SAW, “Aku adalah seorang wanita yang mengikat rambutku, apakah aku harus mengurainya dalam rangka mandi junub?” Nabi menjawab, “Tidak! Cukup engkau menuangkan air ke atas kepalamu sebanyak tiga kali.”

Imam Syafie, walaupun mengharuskan menguraikan sanggul apabila air tidak mengena rambut, namun beliau berpendapat bahawa agama memaafkan bahagian dalam dari rambut yang terikat untuk tidak terkena air.

Jika  diteliti dalil-dalil dan pendapat di atas ternyata Rasulullah SAW tidak memberatkan para wanita yang berambut panjang untuk mengurai seluruh rambutnya bagi menjirus air ketika mandi junub untuk mengelakkan dari kesukaran. Apalagi jika berkaitan memandikan rambut yang telah gugur itu lebih menyukarkan. Sedangkan prinsip syariah ialah meringankan tanpa membebankan penganutnya.
Di sini juga saya bawakan jawapan Imam Ibn Taymiah bila ditanya tentang hal ini di dalam kitabnya Ghiza' al-albab, 1/382).Beliau berkata: "Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) sama ada hidup ataupun mati", malah Nabi memberitahu: "Buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam)."
Maka jelaslah bahawa dibenarkan, bahkan tidak dilarang untuk memotong kuku mencukur atau membuang apa-apa yang lebih daripada kebiasaannya yang tumbuh di tubuh kita semasa dalam hadas besar. Islam adalah yang mudah, maka jangan kita mempersulitkan diri kita dlm beramal.
Wallahua’lam.

Thursday, January 24, 2013

Kisah Wali Allah

Perkongsian kisah dari buku Fadhilat Amal terbitan Era Ilmu ms91 dari tajuk Khusuk & Khudu dalam solah
yang menarik untuk di kongsi, kelebihan ibadah malam dan keteguhan iman orang2 dahulu.

Kisah 2

Syeikh Mazhar Sa'adi rah, adalah seorang wali Allah. Beliau sentiasa menangis selama enam puluh tahun kerana cinta dan rindu kepada Allah swt. Pada suatu malam beliau telah melihat dalam mimpinya seolah-olah sebuah sungai yang dipenuhi dengan kasturi. Di tepi sungai itu terdapat pokok yang subur yang diperbuat daripada mutiara dan dahannya diperbuat daripada emas. Disana kelihatan beberapa orang gadis sedang sibuk memuji Allah saw.

Syeikh bertanya, "Siapakah kamu"?
Mereka menjawab seraya bersyair yang bermaksud "Allah saw yang maha suci, Tuhan kepada Muhammad, yang disembah oleh manusia telah menciptakan kami untuk mereka yang sentiasa berdiri sepanjang malam dihadapan Allah saw serta bermunajat kepadaNYA


sekadar hiasan


Kisah 4

Seorang wali Allah saw berkata, "Pada suatu malam saya tertidur dengan nyenyaknya sehingga tidak terjaga untuk bersolah tahajud. Saya melihat dalam mimpi seorang gadis yang sangat cantik yang belum pernah saya lihat seumpanya seumur hidup. Daripada tubuhnya keluar haruman semerbak yang sangat wangi yang tidak pernah saya hidu. Dia menghulurkan sekeping kertas yang tertulis tiga rangkap syair yang bermaksud, "Kamu terlalu sibuk dengan keseronokan tidur sehingga kamu lupa mahligai di syurga, yang akan menjadi tempat kediamanmu untuk selama-lamanya dan tidak akan datang maut di sana. Bangunlah daripada tidurmu, membaca Al-Quran dalam solah tahajud jauh lebih baik dari tidur

Selepas mimpi itu beliau berkata "Apabila saya mengantuk dan teringat syair tersebut maka ngantukku itu terus hilang


Kisah 7

Hazrat Sarri Saqti rah, menceritakan tentang seorang wanita. Ketika berdiri untuk mengerjakan solah tahajud, wanita itu berkata "Wahai Allah, Iblis juga adalah hambaMU, Engkau berkuasa penuh ke atasnya. Dia dapat melihat aku sedangkan aku tidak dapat melihatnya. Engkau melihatnya dan berkuasa ke atas segala tindak tanduknya dan dia tidak berkuasa walau sedikitpun ke atas segala tindakanMU. Ya Allah, jauhi dia daripada menghasutku supaya melakukan maksiat. Bertindaklah ke atasnya sekiranya dia melakukan tipu daya terhadapku. Aku memohon perlindunganMU daripada kejahatannya dan dengan pertolonganMU aku dapat menjauhinya"

Kemudian dia selalu menangis sehingga sebelah matanya buta. Orang ramai menasihatinya, "Takutilah Allah saw, tetapi jangan sampai mata yang sebelah lagi juga menjadi buta." Dia menjawab, "Jikalau ditakdirkan mata ini adalah mata syurga maka Allah swt akan memberi mata yang lebih baik. Sekiranya di takdirkan mata ini adalah mata neraka maka lebih baik mata ini tidak ada


Tuesday, December 4, 2012

MINOR SINS become MAJOR SINS

 Sharing by Imam Suhaib Webb -
 I respect him for his knowledge may Allah give me permission to stand with him thereafter, will i get the chance? in shaa Allah

Minor Sins
The fourth attack of Shaytan (Satan) is to get us to commit minor sins. Here you get to see how sneaky Shaytan really is. If Shaytan can’t get someone to be a kaafir (disbeliever), and he can’t get someone to do bid`ah (innovation in the religion), and he can’t get someone to commit major sins, then the next step is minor sins. Minor sins are called as-saghaair. An example would be having envy towards someone, or having a problem with someone and not trying to fix it.
Now, someone may be listening right now and thinking, “Well I’m all right; I don’t commit big sins, only minor sins.” This is how Shaytan gets you. The Prophet ﷺ (peace be upon him) gave an example of the saghaair when he said, in an authentic hadith (narration), that there was a group of people who went to the desert where they wanted to make a fire. Each of them found little pieces of wood, which they collected together, and thus they were able to make the fire. The Prophet ﷺ said that this is how minor sins work. They keep throwing the minor sin on the pile until it becomes a major sin. That’s why the scholars said that if someone persists in committing a minor sin it will become a major sin over time.
Wasting Time
The fifth attack of Shaytan, if he doesn’t succeed in the other traps, is that he gets people to fall into what is called al-mubaahat, permissible things.  For example, chatting online with someone of the same sex. Not with the opposite sex, because when you chat with the opposite sex then this is khalwa (seclusion).  According to the scholars you are alone with that person, and one can fall into a relationship very easily. Let me give you a proof of this. Last week, when you went home maybe you were chatting online with someone of the opposite gender. As you were chatting, suddenly your mother or father walked into the room and asked what you are doing. What do you say? “Oh, I’m just checking the score of the last basketball game.” If you don’t think it’s that bad then print out the conversation and let your parents read it.
The Prophet ﷺ defined sin as something that you don’t want people to know about, something that embarrasses you. He said, البر حسن الخلق. Righteousness is good behavior.
How many brothers and sisters pray, fast, and dress properly, but are rude and mean to others? We have to have the complete package, not one or the other. How many sisters who don’t wear hijab have told me that when they come to the masjid the other sisters put them down? She is trying to take a step to get closer to Allah subhanahu wa ta`ala (exalted is He) and people look at her like she has a virus. On the other hand, we also can’t say we have good behavior and nothing else.
So, in our example let’s say you are chatting with someone of the same gender, which is permissible. But you’re talking about nothing for five or six hours. Talking is permissible, but in this case it’s a waste of time.
The same is true for video games—as long as it’s not Tomb Raider. For those of you who don’t know, Tomb Raider is a video game where a scantily dressed woman is the main character. But Muslims will play this game and say, “Oh, it’s only a video game.”
Another example is Vice City. I was talking about this video game in the khutbah (sermon). When it came out, I was warning parents about it and the kids were really mad at me. In this game there is a man who is living the life of an ex-convict who is a drug dealer. He takes over the neighborhood by selling his drugs. Along the way (not to offend anyone here) he pulls over and engages in a relationship with a prostitute. But the brothers who were playing the game said, “But you can’t see anything, the car just shakes.” SubhanAllah (glory be to God)! Such behavior is very offensive. Not only is it representative of the completely anti-intellectual climate which is now permeating the United States, but do you realize why most women are forced into prostitution? Poverty and drug addiction.
I was an educator, and I did my practicum in the worst school that I could think of because I wanted to make a difference in society as a university student. There were children there who were the children of prostitutes. Imagine the cognitive disorders they have. Imagine the type of exploitation they are exposed to every night. Imagine the impact left on them from seeing their mothers and fathers committing acts of prostitution. Yet, we’ve made it a game, for fun. The social ramifications of prostitution on people are outstanding. If you want to understand prostitution, look at Fir`oun (Pharoah). Why did Fir`oun say that he would kill the men and let the women live? What were those women going to do? Become prostitutes. This is indicative of what we call a Fir`ounic society. But now it’s become a game, it became fun. It’s like those of us who grew up with Star Wars, playing with lasers and so forth. Because of movies, magazines and books we’re used to seeing guns and lasers blow up things without ever seeing the results; therefore, the war in Iraq right now has no real impact on the American mind. But when people actually see the pictures of the outcome, they’re shocked.
Shaytan tries to get us to waste our time with these kinds of things that have no benefit and no reward, according to the fiqh (jurisprudence). Another example is shopping. Masha’Allah, nowadays our sisters and brothers have a new bid`ah: qiyaam an-nahar (standing in the day). You know in Islam we have qiyyamul layl where we stand in the night and pray. You’ll find them standing in the mall, rushing to 75% off sales. If you went to the same person and suggested that they stand in the night and pray they would say, “Oh, it’s too difficult. I can’t do it.” But for nine or ten hours a day in the mall they don’t mind. Why? Because they see the immediate rewards and benefits of their shopping.
Imam Al Ghazaali mentioned a beautiful poem in which a man says, “I am asleep in the night and I can hear the weak pigeons crying on the weak branch. Am I not stronger than pigeons that I can get up and cry in front of Allah (swt)?” How can the Muslims be the leaders of the world when they can’t even push a 3.5oz blanket off their bodies to stand and ask Allah (swt) for His help and guidance?
I’m sure all of us, myself first, are guilty of wasting time. This is a big trick of Shaytan because if you’re doing something and you’re not getting rewarded or punished, then Shaytan is winning. We take a lesson from this that as Muslims we have to be proactive; we can’t not be in park. We should not be neutral and doing nothing.

Wednesday, October 17, 2012

Ciri-ciri isteri solehah

Perkongsian K.H. Muhammad Ariffin Ilham





Sahabatku inilah diantara ciri-ciri isteri solehah, 
1. Sangat damai hidup bersamanya kerana ketaatannya kpd Allah (QS 4:34), 
2. Kalau ditatap selalu menyenangkan, 
3. Tidak membantah jika diperintah suaminya dalam kebaikan & Syariat Allah, 
4. Pandai menjaga kehormatan & harta suaminya, Rasulullah bersabda, "Sebaik2 isteri sholehah adalah jika ditatap menyenangkan, bila diperintah taat, & jika suaminya pergi pandai menjaga kehormatan & harta suaminya" (HR Abu Daud), 
5. Mulia sekali kerana terjaga kehormatan & tertutup auratnya (QS 33:59), 
6. Bukan hanya sabar tetapi rela berkorban untuk suaminya, 
 
 
7. "Gholimah" pandai merawat tubuhnya & sangat aktif melayani suaminya, 
8. Bersyukur atas ni'mat Allah dengan terus membangkitkan semangat suami & tidak meminta diluar batas kemampuan suaminya, 
9. Menyayangi & menghormati keluarga suaminya, 
10. Tidak keluar rumah tanpa seizin suaminya, 
11. Menyertakan suaminya dalam doanya, terutama dipenghujung malam, 
12. Penuh perhatian saat suami bicara disertai tatapan cinta, 
13. Hadiah kecil tetapi sgt membahagiakan suami, ta'kala istri menciumnya disertai bisikan, "I'm proud to be your wife, my luv, ", SubhanAllah indaaaaaaaaah sahabatku, terima kasih ya Allah.
 

Thursday, October 11, 2012

Makanan vs kesan


    
Very good info from http://peripatetikologi.blogspot.com/
PROTEIN
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Protein tinggi seperti kobis, taugeh Sakit belakang hilang Mata kabur,
Mengambil makanan daging tinggi protein yang banyak seperti daging ayam, kuning telur Badan sasa Gatal kulit, kulit sensitif, berjerawat
Protein tinggi daripada soya seperti susu soya, tauhu, tau fu fa, tempe, kicap soya asli Cergas sementara Sakit kepala, tekak loya
Protein tinggi daripada susu tinggi protein atau susu awal lembu atau susu IGGPlus Badan sasa, hilang sakit belakang, mengurangkan simtpom kencing manis Mata silau, mudah demam secara tiba-tiba, masalah berkaitan buah pinggang, prostat dan masalah kencing
Protein teroksida daripada ikan yang diproses menjadi keropok dan fish ballatau fish cake Tinggi IQ Trouma yang sukardilupakan. Prostat terganggu, masalah berkaitan kencing
Protein tepu iaitu protein yang disalut kolestrol seperti makanan yang diperah limau, keropok lekor Tinggi IQ Strok, koma, sebu atau angin, prostat terganggu, masalah berkaitan kencing
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Makanan tinggi zat seperti spirulina dan multivitamin Menghilangkan simptom kencing manis. Memberi kecergasa sementara. Mencegah jangkitan penyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik) Gangguan spiritual, kelesuan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein
VitaminC Mencegah jangkitanpenyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik) Usus berdarah, melemahkan buah pinggang akibat batu karang
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Logam berat daripada bayam, mengkudu, kerang, hati Pelupa, tekanan darahtinggi
Logam berat atau makanan berat zat seperti herba yang dipekatkan atau kopi campuran herba Pelupa, keliru, mudah mengantuk, tekanan darah tinggi
Logamberat daripada kulit ikan yang ciri-cirinya licin danhitam seperti ikan keli, dan semua bahagian kepala ikan (walaupun ikantersebut kulitnya kasar dan cerah) Pelupa, keliru
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Urik asid daripada makanan berwarna kuning dan masam seperti buah yang telah lama dipetik, jeruk, cuka, makanan yang diperam. Gout, sendi tulang, kencing manis
Urik asid daripada yis yang digunakan untuk menghasilkan roti dan donat. Gout, perasaan tertekan
Urik asid daripada daging ayam bandar terutama bahagian kulitnya. Gout, sendi tulang
Urik asid daripada kopi dan teh yang diambil berlebihan Gout, sendi tulang, tekanan perasaan, kekeliruan
Minuman bergas dan minuman berjenama Nescefe Gout, jantung, berdebar,sendi tulang, perasaan tertekan
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, perut, hati, serangga seperti belalang atau protein serangga Kekenyangan Buah pinggang lemah, masalah kencing, prostat, antibodi lemah, resdung, alergi
Kolestrol daripada minyak masak berasaskan tumbuhan seperti minyak soya, minyak kelapa sawit, minyak jagung (kecuali minyak bunga matahari, minyak kelapa dan minyak zaitun) Jantung, mata kabur, tekanan darah tinggi
Kolestrol daripada daging lembu terutama daging berger dan diproses hingga teroksida seperti bakso Strok, koma, tekanan darah tinggi
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Tumbuhan pengurai (atau pengguna ketiga dalam rantaianmakanan) seperti cendawan atau kulat contohn ya seperti lingzhi ataugano atau pelbagai cendawan atau kulat yang dijadikan sayur Mengurangkan aktiviti kanser, cergas sementara Kelesuan yang amat sangat kerana tenaga diserap
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Makananyang diletakkan perasa monosodiom glitumat MSG seperti makanan ringan dan makanan segera Kesan seperti urik asid, kesan seperti protein tinggi dan kolestrol tepu
Makanan yang diletakkan perasa pedas Usus berdarah
Makanan yang diletakkan perwarna seperti sirap dan mee kuning Masalah buah pinggang, masalah kencing, masalah kelenjar prostat
Makanan yang diletakkan penahan seperti buah mata kucing, buah longan Alergi, masalah penyakit kulit, kesan seperti urik asid
Makan yang dihasilkan secara kimia seperti kopi berjenama Nescafe Gout, kesan seperti urik asid, tekana perasaan
Makanan Kesan Sementara Kesan_Sampingan
Makanan yang dibungkuskan di dalam bekas bertoksik seperti polisterin dan botol plastik air mineral Cirit-birit, gangguan hormon terutama kelenjar pitutari
Minuman yang dibungkuskan di dalam tetra pak seperti minuman kotak tarutama susu kotak kerana bungkusan boleh ditembusi bakteria Cirit-birit
Makanan dalam tin yang distrilkan dengan radioaktif seperti sardin, laici atau buah dalam tin Kereputan tulang, gangguan saraf, kesan seperti urik asid
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Makanandan minuman berkoko seperti susu perasa coklat atau susu berkoko (milo, vico) kek coklat, coklat bar Cergas, melegakan tekanan perasaan Ketagihan, kelenjar tiroid terganggu, dahaga, hilang selera makan, peluh berlebihan, kehilangan banyak mineral seperti pottasiom melalui peluh, sembelit
Semua minuman kopi yang berkefen dan minuman berjenama Nescefe Cergas, tidak mengantuk Ketagihan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein, tekanan perasaan, sembelit, buasir atau masalah usus 

Monday, September 24, 2012


Zaman suatu bangsa yang hina

tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif yang bijaksana !


Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi dan semua ideologi itu tertumpu kepada satu matlamat :



"Mereka mengajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka hapuskan kisah-kisah Singa pada bicara(kegemilangan) zaman silamnya

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan


Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.


(Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim)

__________________________________

"Kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal Rahimahullah membongkar taktik kotor musuh islam (kaum Yahudi dan Kristian) yang mengasuh anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut..

Mereka padamkan kisah singa-singa Islam daripada kalangan para ulama’, Ahli zuhud, dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam..

Sistem pendidikan Jahiliyah dan taghut musuh islam ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam..

Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya..!

Pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa dididik supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup..

Seterusnya mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi. Mereka hapuskan kisah-kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja kepada mereka semula..

Rancangan mereka telah benar-benar berjaya. Inilah generasi baru dari putera-putera Islam! Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.."

(Syeikh Abdul Muni'm Soleh Al-Ali Ali'izzi)

Wednesday, August 29, 2012

Beruntungnya seorang yang berilmu

Tahniah kepada Ustaz Don dan Husna, semoga Allah makbulkan semua doa2 kalian, berkasih sayang hingga kesyurga, dirahmati dan diberkati hingga kesyurga

Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya"

(Riwayat Abu Daud no.1260)



Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...


Tuesday, July 31, 2012

Cara pakai serban

Alhamdulillah, bila ada niat yang baik, Allah datangkan ilmu untuk dipelajari dan dipraktikkan.
Bukanlah untuk saya tp untuk anak2
Terapkan & kobarkan rasa cinta yang amat sangat kepada hidup Islam kepada anak2
Sejarah, perjuangan Rasulullah dan para sahabat menyebarkan Islam sehingga kita lahir saje kedunia dari kalangan Islam. Bukankah itu satu rahmat? ibu bapa Islam, datok nenek Islam, moyang semuanya Islam. Alhamdulillah! doa-doa mereka makbul, kita dipelihara dan masih meneruskan kekeluargaan Islam.

Rasulullah dan para sahabat berperang menegakkan islam dalam bulan Ramadhan! kita? sebuk ingat apa juadah berbuka petang nanti. Bayangkan bagaimana berperang sambil berpuasa dengan terik matahari, mana tenaga yang nak dikerah melawan orang2 kafir yang tidak berpuasa? Teringat tak saudara2 muslim kita yang sedang berperang, yang sedar diperangi, sedang dibunuh, dizalimi, di terjah imannya setiap masa.. di luar sana? sedang kebuluran tak de air langsung? Subhanallah...masih lagi kita mengagungkan manusia2 lain dari Rasulullah? Sedarkah kita peranan para sahabat? Tergamak memuja artis2 kafir, tergamak menjadikan kafir sebagai ikon? teramat teruja, kagum dengan idea2 kafir? Manusia apa kita ni? Entah-entah tak sedar yang diri tu hanyalah hamba. Astarghfirullah....mari kita sama2 memperbaiki diri seluruhnya setiap masa

Siapa tahu akan lahir jenerasi mujahid yang menegakkan syariat Allah dalam generasi keluarga kita. Untuk apa hidup kita jika tidak menyahut seruan itu?



Perkongsian Ustaz Mohamad Kazim Elias
" Ada mak2 yang simpan tali pusat anak, bila mereka bergaduh direndam tali2 pusat tu semua bagi anak2 minum" Astarghfirullah!...ini bukan kaedah Islam!
"Baca Ar Rahman 100x, Ar Rahim 60x ...hembus pada air bagi anak2 minum"

Alhamdulillah...belum pernah rendam tali pusat, nauzubillah!
Bagus cara yang diajarkan oleh ustaz, anak2 remaja dengan adik beradik memang ade je yg ditengkar kan...elok cara ni...senang. Sambil2 masak....kejap je baca 160, masuk dalam air nak masak nasi, air masak utk minum, air sejuk untuk buka...satu family berkasih dan sayang....Subhanallah. Terima kasih dengan ilmu ini ya Rabb

Lelaki Ajnabi @ Bukan Mahram

Salam,

Kenali lelaki bukan mahram kita yang haram aurat kita pada mereka dan tak perlu bersalaman dengan mereka. Dengan TEGAS, tak perlu! sebab HARAM hukum yang ditentukan oleh Allah. Siapa kita nak menentang hukum Allah? Hidupkah kita jika Allah tidak beri nyawa?


Monday, July 30, 2012

Ainul Mardiah bidadari tercantik






Kisah Pemuda dan BIDADARI SYURGA~ 
‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.

Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.

Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah Syurga.”

Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.


Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?


Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.


Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.


Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”


Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”

Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.


Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.


Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….

Wednesday, July 11, 2012

Sultan Muhammad Al-Fatih II -Conqueror of constantinople (Istanbul Turki)



Sultan Muhammad Al-Fatih merupakan seorang pemimpin yang hebat dikenali sebagai Muhammad the Conqueror dengan nama timangan Al-Fatih bermaksud Si Pembuka oleh bapanya Sultan Murad. Ottoman kini Turki di takluk oleh tentera Uthmaniyyah.

Umat Islam berlum-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam Hadis Rasulullah tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Diantaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah and 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople atas wasiatnya, bile ditanya mengapa... "Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople". Sungguh teguh iman sahabat Rasulullah SAW.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam Hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481. Ada ahli sejarah berpendapat
baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople dimana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia
oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah AllahuAkbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya
membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah
meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
copy/paste from www.papisma org untuk bacaan/pengetahuan bersama semoga penulis awal mendapat manfaat dari ilmu yang dikongsinya

‘IBRAH LEMBARAN OTHMANIYYAH
Kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih mendapatkan Constantinople pada tahun 1453 juga harus dicontohi.
Sultan Muhammad al-Fatih bukan hanya membawa Islam sebagai suatu kepercayaan untuk dikenakan ke atas penduduk Constantinople. Tidak sekali-kali. Bahkan Constantinople yang kemudiannya diubah namanya kepada ISLAM BOL, itu benar-benar dapat melihat Islam sebagai suatu rahmat kerana kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih, telah mengubah kualiti hidup penduduk di kota terbesar di dunia ketika itu.
Pelbagai kemudahan infrastruktur dibangunkan. Sistem ekonomi dibaik pulih, malah Constantinople jauh lebih makmur selepas dikenali sebagai Bandaraya Islam (ISLAM BOL). Islam yang dibawa oleh Sultan Muhammad al-Fatih, adalah Islam yang berjaya memperbaiki hidup mereka yang duduk di bawahnya.
Namun seperkara yang menarik perhatian saya, adalah tindakan Sultan Muhammad al-Fatih melantik kembali paderi-paderi Orthdoks sebagai pemimpin masyarakat Kristian di Constantinople. Maharaja Constantinople di ambang kejatuhannya, secara terburu-buru memaksa pertukaran mazhab Constantinople kepada Katholik di bawah kuasa Pope di Rome, demi untuk mendapatkan bantuan sekutunya di Eropah. Tindakan beliau telah menimbulkan kemarahan penduduk Constantinople…
“Kami lebih sanggup melihat serban Turki daripada topi Latin di kota ini!”, kata mereka.
osmanli.jpg
Semasa Sultan Muhammad al-Fatih masuk ke kota itu sejurus kemenangannya dan tentera yang hebat itu, paderi-paderi ini tunduk ke tanah kerana bimbang diapa-apakan oleh baginda. Namun Sultan Muhammad al-Fatih telah memulihkan kembali maruah mereka sebagai pemimpin komuniti Kristian Orthodoks di Constantinople, lantas tahulah penduduk di situ bahawa kemenangan Sultan Muhammad al-Fatih bukanlah suatu bencana, malah rahmat yang mencurah atas kehidupan mereka. Penduduk Kristian di Constantinople tidak pernah dipaksa menukar agama, malah mereka lebih tenteram mengamalkan tuntutan agama masing-masing di bawah semangat pemerintahan yang berteraskan nilai Islam.
by saifulislam.com

Thursday, July 5, 2012

Salahuddin Al-Ayubi Hero Perang Salib

Inilah Bendera terakhir milik tentera Islam di Sepanyol yang berperang menentang tentera Salib yg berakhir dengan kekalahan tentera Islam ,
bendera ini berada di dalam simpanan kerajaan Sepanyol dan mereka melakukan upacara ini sebagai memperingati kemenangan Salib ke atas tentera Islam, 
tetapi yang sedihnya umat Islam pada hari ini lupa sejarah hitam ini 




Sejarahnya..

Salahuddin al-Ayyubi (Bahasa Arabصلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎,bahasa Kurdi: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê EyûbîBahasa Parsiصلاح الدین ایوبی,Bahasa TurkiSelahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137-1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

Perang Salib ialah beberapa siri kempen perang yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke-11 hingga ke-13 Masihi. Misi asal tentera salib adalah menawan Baitulmuqaddis dan kawasan sekitarnya daripada orang Islam selain dari matlamat sampingan seperti menawan KotaConstantinople (yang berjaya semasa Perang Salib Keempat).

I. Kelahiran Salahuddin
Berasal dari keluarga yang mempunyai keturunan yang mulia inilah, Salahuddin Yusuf bin Ayyub dilahirkan pada tahun 532 H bersamaan 1137M. Tempat lahirnya ialah di kota Tikrit. Tikrit adalah sebuah daerah yang hampir dengan kota Baghdad. Di sini terdapat sebuah kota yang kukuh terletak di tebing sungai Dijlah.

Salahuddin menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Ba'albak. Inilah tahun-tahun yang paling bahagia bagi Salahuddin menghabiskan zaman kanak-kanaknya. Salahuddin dibesarkan dengan penuh semangat keberanian dan kapahlawanan. Beliau dilatih menghadapi peperangan dan jihad, mempraktikkan siasah negara dan segala urusan yang berkaitan, sebagaimana kata penyair: "Anak muda kita membesar di kalangan kita, mengikut tradisi yang biasa dilalui oleh bapanya"
Masa-masa yang dihabiskan oleh Salahuddin di Damsyik setelah kota itu jatuh ke tangan Nuruddin bin Imaduddin Zanki, adalah hari-hari yang paling cemerlang dalam hidupnya. Di sinilah keperibadian dan bakat beliau menonjol sehingga menerima pujian dan sanjungan dari masyarakat, malah beliau mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari anak pemerintah Damsyik sendiri. Salahuddin muncul di tengah-tengah masyarakat sebagai seorang pemuda yang tenang, beradab dan kuat pegangan agamanya. 
Semangatnya untuk membela Islam dan kaum muslimin berkobar-kobar di dalam jiwanya. Ini sedikit sebanyak berpunca dari pengaruh Nuruddin Zanki sendiri yang pada masa itu adalah seorang yang mempunyai akhlak yang mulia dan telah memberikan Salahuddin kedudukan yang istimewa di sampingnya. Di antara jawatan yang disandang oleh Salahuddin sewaktu di Damsyik ialah sebagai ketua polis Damsyik. Salahuddin telah melaksanakan tugasnya dengan baik dan berjaya membersihkan bandar Damsyik dari pencuri dan penceroboh.
Akhirnya keamanan dan kestabilan menyelubungi seluruh bumi Syam. Rakyat merasa diri dan harta mereka aman dan mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Inilah dikenali dengan nama Arqalah Ad-Dimasyqi menggambarkan kegembiraannya apabila Salahuddin memegang jawatan ketua polis Damsyik:
"Berhati-hatilah wahai pencuri-pencuri negeri Syam. Aku ingin menasihatkan anda sekalian. Sekarang serupa namanya dengan Nabi Yusuf yang empunya hujah dan kecantikan, telah datang. Kecantikan Nabi Yusuf menyebakan terpotongnya tangan gadis-gadis yang melihatnya, manakala Yusuf Salahuddin pula memotong segala tangan-tangan yang mencuri."
Tempoh masa yang dihabiskan oleh Salahuddin di Mesir pula merupakan tempoh masa yang paling kemuncak bagi beliau, kerana pada masa itu sikap kepahlawanannya terserlah, manakala kemahiran dan kepintarannya dalam siasah peperangan mula menonjol. Ketika Syawar As-Sa'di memberontak menentang kerajaan Fatimi di Mesir pada tahun 558H, beliau telah meminta pertolongan Nuruddin Zanki dari Damsyik.
Salahuddin dilantik menjadi menteri ketika berumur 32 tahun setelah terlatih dalam beberapa peperangan dan mecedok pengalaman yang berharga ketika bersama bapa saudaranya Asaduddin Syirkuh. Inilah yang menyebabkan kedudukannya begitu cemerlang.
Salahuddin seorang menteri yang baik. Beliau berjaya mengambil hati rakyat Mesir supaya tidak berpakat dengan amir-amir yang lain menentangnya. Beliau memeberikan bantuan yang melimpah ruah kepada rakyat dan berurusan dengan mereka dengan lembut dan penuh toleransi, menyebabkan beliau sangat-sangat disukai dan dikasihi oleh rakyat jelata. Diantara faktor yang meningkatkan lagi kemasyhurannya ialah kejayaan beliau mengalahkan tentera salib Perancis yang menyerang Dimyat dan Ghizzah serta kejayaan beliau menguasaai bandar Aqabah.
Bandar ini adalah kunci Laut Merah bagi para jemaah haji Mesir khususnya dan kaum muslimin amnya untuk ke Mekah Mukarramah. Kejayaan menguasai jalan penting ini menjadi faktor utama kepercayaan dan keikhlasan penduduk Mesir kepada beliau. Ini sekaligus menjadi faktor utama mereka meninggalkan mahzab syiah dan bergabung dengan saudara-saudara mereka dari kalangan ahli Sunnah Wa Al-Jamaah, di bawah panji-panji Salahuddin, yang memerangi musuh-musuh Allah, golongan kuffar dan tentera Salib yang zalim dan penghasad dengki itu.


IV. Sebab dan Dorongan Berlakunya Perang Salib

Peperangan ini tercetus oleh banyak faktor. Antaranya:
  1. Dorongan Hasad Dengki Sekian Lama Pihak Salib Terhadap Islam Dan Umat Islam.
    Ini berikutan Kejayaan umat Islam menguasai Baitul Maqdis dan meletakkannya di bawah keadilan pemerintahan Islam di samping pembukaan yang terbentang luas yang dilakukan oleh tentera Islam ke atas wilayah-wilayah di kawasan Asia, Afrika dan juga Eropah yang sebelumnya berada di bawah pengaruh Kristian.
  2. Kota Konstintiniyah terancam oleh penguasaan Seljuk Islam, setelah mereka berjaya menghampiri kota itu. Oleh itu Emperor Baizantin Alexius Comnenus meminta bantuan daripada negara-negara Kristian untuk menentang umat Islam.
  3. Pembohongan yang dilakukan oleh para jemaah haji Kristian yang pulang ke Eropah setelah menunaikan haji ke Baitul Maqdis tentang kezaliman dan pembunuhan yang dihadapi oleh mereka dari pihak kaum muslimin. Antara yang paling kuat sekali menghasut dan menaburkan fitnah di sana ialah Patriach Ermite.
  4. Semangat keagamaan
    Wujud semangat keagamaan di kalangan orang-orang Kristian untuk membebaskan Baitul Maqdis daripada tangan kaum muslimin dan mendapatkan pengampunan dosa dan kesalahan bagi setiap orang yang turut serta dalam peperangan Salib. Perhimpunan-perhimpunan yang diadakan oleh pihak gereja dan pidato-pidato berapi-api daripada pihak Uskup, Rahib dan Pope adalah teknik yang paling berkesan dalam menaikkan keagamaan di kalangan orang-orang Kristian dan untuk memonopoli semangat itu.
  5. Kecenderungan kerajaan Fatimiah di Mesir mengadakan pakatan dan kerjasama dengan kerajaan Baizantin bagi menentang kaum muslimin Seljuk, dalam usaha mendapatkan kembali wilayah-wilayah yang dikuasai oleh kaum muslimin Seljuk itu.
Di antara yang perlu disebut di sini ialah Pope telah menyampaikan pidato penting dalam perhimpunan Clirmont di Perancis,yang terakhir dengan pengisyitiharan perang Salib ke atas dunia Islam pada tahun 488H dan permusuhan terhadap Islam dan kaum muslimin. Di antara isi pidatonya ialah:
"Peperangan ini bukan untuk menguasai satu bandar sahaja, malah seluruh kawasan Asia dengan segala kekayaan dan khazanahnya yang tidak terhingga. Jadikanlah kubur suci Nabi Isa sebagai pengkalan untuk bergerak dan bebaskanlah bumi-bumi suci daripada tangan-tangan kaum perampas. Anda sekelian sebagaimana yang dinyatakan oleh Tawrat adalah bumi yang akan melimpahkan kepada kita susu dan madu."


V. Sebab-sebab Kemenangan Salahuddin Dalam Pertempuran Hittin
Sebelum ini telah dijelaskan Salahuddin berjaya membenuk sebuah kerajaan yang besar yang merankumi utara Iraq atau Kurdistan, Syam, Mesir, Barqah dan lain-lain. Kejayaan Salahuddin ini memudahkan beliau menyediakan persiapan bagi memerangi tentera salib dan membebaskan Baitul Maqdis serta wilayah-wilayah lain yang tunduk kepada pemerintahan dan kekuasaan mereka.
Salahuddin menuggu kesempatan yang baik untuk bertindak dan memberi pengajaran kepada mereka dengan pengajaran yang mereka tidak akan lupa buat selama-lamanya, disebabkan oleh keganasan dan jenayah-jenayah yang mereka lakukan ke atas Baitul Maqdis, Masjidil Al-Aqsa dan para penduduknya sebelum itu.
Masa untuk bertindak bagi Salahuddin tiba, apabila Raynald pemerintah Salib di Karak menyerang kafilah dagangan Salahuddin pada tahun 582H. Wilayah Karak terletak antara negara Mesir dan Syam. Salahuddin sendiri mempunyai perjanjian dengan kerajaan ini. Di antara perjanjian ialah kafilah-kafilah dagangan Islam dibenarkan berulang-alik antara Mesir dengan Syam dengan aman dan selamat. Begitulah sebaliknya.
Hasil pencerobohan Raynald ke atas kafilah dagangan Islam manakala harta benda mereka dirampas. Ahli-ahli sejarah melaporkan ketika kafilah dagangan kaum muslimin jatuh ke tangan Raynald, beliau mempersendakan agam Islam dan Nabi Besar Muhammad SAW. Raynald pernah berkata:
"Jika anda semua yakin kepada ajaran Muhammad, panggillah ia supaya membebaskan anda semua dan menyelamatkan anda dari keadaan yang sedang anda tempuhi sekarang"
Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Salahuddin, bukan main kepalang marahnya beliau kepada Raynald, sehingga beliau bersumpah jika beliau berjaya menawan Raynald, beliau akan membunuhnya dengan tangan beliau sendiri. Pencerobohan yang dilakukan oleh pihak Salib ini memberi ruang kepada Salahuddin melancarkan perang menentang tentera Salib dan memberi pukulan teruk kepada mereka.
Nama Salahuddin tersebar ke Eropah dan menjadi bahan perbualan kaum ibu bagi menakutkan anak-anak mereka Salahuddin menunjukkan moral yang tinggi terhadap musuhnya yang tidak berdaya, tidak sebagaimana layanan kaum Salib terhadap tawanan Islam. Beliau melayan dengan baik para tawanan, kaum wanita dan kanak-kanak salib sehingga perkara ini menjadi kebanggaan sejarah dan contoh tauladan kepada generasi selepas beliau.
S
Sumber : Darunukman.com

Petikan daripada buku Pembaharuan Salahuddin Al-Ayyubi DN 316:
slhudin120x
Akses Akaun Ahli


Karektor kartun, barat mengenalinya sbg Saladin

Tugunya di Damsyik

Timur Tengah, c. 1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam warna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.
Salahuddin Al Ayubi - Pahlawan Perang Salib.

Salahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Takrit Irak pada tahun 532 Hijrah /1138 Masihi dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas Daulat Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Shalahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian. Hasutan Sang Paderi Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra’, singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi’raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini. Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius. Berabad abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap. Sebelum Jerussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki. Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam. Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis. Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib. Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya. Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib. Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.




Kaum Salib Mengganas Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar, kemudian menyeberang selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan. Satu persatu kota dan Benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing. Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan.




Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, tercapailah cita-cita mereka. Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan bangsa. Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: “Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu. Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia. Raymond d’Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan: “Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda.” Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat saja, yakni ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenangan mereka. Tapi sebaik saja upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi. Seterusnya Michaud berkata: “Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup -hidup , diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikurbankan di tiang gantungan. Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan nafsu membunuh orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan.” Gustav Le Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: “Kaum Salib kita yang “bertakwa” itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlah mencapai 60,000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali. Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill, mengatakan: “Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu.”




Kemunculan Panglima Shalahuddin Jatuhnya kota Suci Baitul Maqdis ke tangan kaum Salib telah mengejutkan para pemimpin Islam. Mereka tidak menyangka kota Suci yang telah dikuasainya selama lebih 500 tahun itu boleh terlepas dalam sekelip mata. Mereka sedar akan kesilapan mereka kerana berpecah belah. Para ulama telah berbincang dengan para Sultan, Emir dan Khalifah agar mengambil berat dalam perkara ini. Usaha mereka berhasil. Setiap penguasa negara Islam itu bersedia bergabung tenaga untuk merampas balik kota Suci tersebut. Di antara pemimpin yang paling gigih dalam usaha menghalau tentera Salib itu ialah Imamuddin Zanki dan diteruskan oleh anaknya Emir Nuruddin Zanki dengan dibantu oleh panglima Asasuddin Syirkuh. Setelah hampir empat puluh tahun kaum Salib menduduki Baitul Maqdis, Shalahuddin Al-Ayyubi baru lahir ke dunia, yakni pada tahun 1138 Masihi. Keluarga Shalahuddin taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang yang termasyhur dan beliau pulalah yang memberikan pendidikan awal kepada Shalahuddin. Selain itu, Shalahuddin juga mendapat pendidikan dari bapa saudaranya Asasuddin Syirkuh seorang negarawan dan panglima perang Syria yang telah berhasil mengalahkan tentera Salib sama ada di Syria ataupun di Mesir. Dalam setiap peperangan yang dipimpin oleh panglima Asasuddin, Shalahuddin sentiasa ikut sebagai tentera pejuang sekalipun usianya masih muda. Pada tahun 549 H/1154 M, panglima Asasuddin Syirkuh memimpin tenteranya merebut dan menguasai Damsyik. Shalahuddin yang ketika itu baru berusia 16 tahun turut serta sebagai pejuang. Pada tahun 558 H/1163 Masihi, panglima Asasuddin membawa Shalahuddin Al-Ayyubi yang ketika itu berusia 25 tahun untuk menundukkan Daulat Fatimiyah di Mesir yang diperintah oleh Aliran Syiah Ismailiyah yang semakin lemah.Usahanya berhasil. Khalifah Daulat Fatimiyah terakhir Adhid Lidinillah dipaksa oleh Asasuddin Syirkuh untuk menandatangani perjanjian. Akan tetapi, Wazir besar Shawar merasa cemburu melihat Syirkuh semakin popular di kalangan istana dan rakyat. Dengan senyap-senyap dia pergi ke Baitul Maqdis dan meminta bantuan dari pasukan Salib untuk menghalau Syirkuh daripada berkuasa di Mesir. Pasukan Salib yang dipimpin oleh King Almeric dari Jerussalem menerima baik jemputan itu. Maka terjadilah pertempuran antara pasukan Asasuddin dengan King Almeric yang berakhir dengan kekalahan Asasuddin. Setelah menerima syarat-syarat damai dari kaum Salib, panglima Asasuddin dan Shalahuddin dibenarkan balik ke Damsyik. Kerjasama Wazir besar Shawar dengan orang kafir itu telah menimbulkan kemarahan Emir Nuruddin Zanki dan para pemimpin Islam lainnya termasuk Baghdad. Lalu dipersiapkannya tentera yang besar yang tetap dipimpin oleh panglima Syirkuh dan Shalahuddin Al-Ayyubi untuk menghukum si pengkhianat Shawar. King Almeric terburu-buru menyiapkan pasukannya untuk melindungi Wazir Shawar setelah mendengar kemaraan pasukan Islam. Akan tetapi Panglima Syirkuh kali ini bertindak lebih pantas dan berhasil membinasakan pasukan King Almeric dan menghalaunya dari bumi Mesir dengan aib sekali. Panglima Shirkuh dan Shalahuddin terus mara ke ibu kota Kaherah dan mendapat tentangan dari pasukan Wazir Shawar. Akan tetapi pasukan Shawar hanya dapat bertahan sebentar saja, dia sendiri melarikan diri dan bersembunyi. Khalifah Al-Adhid Lidinillah terpaksa menerima dan menyambut kedatangan panglima Syirkuh buat kali kedua. Suatu hari panglima Shalahuddin Al-Ayyubi berziarah ke kuburan seorang wali Allah di Mesir, ternyata Wazir Besar Shawar dijumpai bersembunyi di situ. Shalahuddin segera menangkap Shawar, dibawa ke istana dan kemudian dihukum bunuh. Khalifah Al-Adhid melantik panglima Asasuddin Syirkuh menjadi Wazir Besar menggantikan Shawar. Wazir Baru itu segera melakukan perbaikan dan pembersihan pada setiap institusi kerajaan secara berperingkat. Sementara anak saudaranya, panglima Shalahuddin Al-Ayyubi diperintahkan membawa pasukannya mengadakan pembersihan di kota-kota sepanjang sungai Nil sehingga Assuan di sebelah utara dan bandar-bandar lain termasuk bandar perdagangan Iskandariah.




Menutup Daulat Fatimiyah Wazir Besar Syirkuh tidak lama memegang jawatannya, kerana beliau wafat pada tahun 565 H/1169 M. Khalifah Al-Adhid melantik panglima Shalahuddin Al-Ayyubi menjadi Wazir Besar menggantikan Syirkuh dengan mendapat persetujuan pembesar-pembesar Kurdi dan Turki. Walaupun berkhidmat di bawah Khalifah Daulat Fatimiah, Shalahuddin tetap menganggap Emir Nuruddin Zanki sebagai ketuanya. Nuruddin Zanki berulang kali mendesak Shahalahuddin agar menangkap Khalifah Al-Adhid dan mengakhiri kekuasaan Daulat Fatimiah untuk seterusnya diserahkan semula kepada Daulat Abbasiah di Baghdad. Akan tetapi Shalahuddin tidak mahu bertindak terburu-buru, beliau memperhatikan keadaan sekelilingnya sehingga musuh-musuh dalam selimut betul-betul lumpuh. Barulah pada tahun 567 H/1171 Masihi, Shalahuddin mengumumkan penutupan Daulat Fatimiah dan kekuasaan diserahkan semula kepada Daulat Abbasiah. Maka doa untuk Khalifah Al-Adhid pada khutbah Jumaat hari itu telah ditukar kepada doa untuk Khalifah Al-Mustadhi dari Daulat Abbasiah. Ketika pengumuman peralihan kuasa itu dibuat, Khalifah Al-Adhid sedang sakit kuat, sehingga beliau tidak mengetahui perubahan besar yang berlaku di dalam negerinya dan tidak mendengar bahawa Khatib Jumaat sudah tidak mendoakan dirinya lagi. Sehari selepas pengumuman itu, Khalifah Al-Adhid wafat dan dikebumikan sebagaimana kedudukan sebelumnya, yakni sebagai Khalifah. Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Daulat Fatimyah yang dikuasai oleh kaum Syi’ah selama 270 tahun. Keadaan ini sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh golongan Ahlussunnah di seluruh negara Islam lebih-lebih lagi di Mesir sendiri. Apalagi setelah Wazir Besar Shawar berkomplot dengan kaum Salib musuh Islam. Pengembalian kekuasaan kepada golongan Sunni itu telah disambut meriah di seluruh wilayah-wilayah Islam, lebih-lebih di Baghdad dan Syiria atas restu Khalifah Al-Mustadhi dan Emir Nuruddin Zanki. Mereka sangat berterima kasih kepada Panglima Shalahuddin Al-Ayyubi yang dengan kebijaksanaan dan kepintarannya telah menukar suasana itu secara aman dan damai. Serentak dengan itu pula, Wazir Besar Shalahuddin Al-Ayyubi telah merasmikan Universiti Al-Azhar yang selama ini dikenal sebagai pusat pengajian Syiah kepada pusat pengajian Ahlussunnah Wal Jamaah. Semoga Allah membalas jasa-jasa Shalahuddin.




Menyatupadukan Kuasa-Kuasa Islam Walaupun sangat pintar dan bijak mengatur strategi dan berani di medan tempur, Shalahuddin berhati lembut, tidak mahu menipu atasan demi kekuasaan dunia. Beliau tetap setia pada atasannya, tidak mahu merampas kuasa untuk kepentingan peribadi. Kerana apa yang dikerjakannya selama ini hanyalah mencari peluang untuk menghalau tentera Salib dari bumi Jerussalem. Untuk tujuan ini, beliau berusaha menyatu padukan wilayah-wilyah Islam terlebih dahulu, kemudian menghapuskan para pengkhianat agama dan negara agar peristiwa Wazir Besar Shawar tidak berulang lagi. Di Mesir, beliau telah berkuasa penuh, tapi masih tetap taat setia pada kepimpinan Nuruddin Zanki dan Khalifah di Baghdad. Tahun 1173 M, Emir Nuruddin Zanki wafat dan digantikan oleh puteranya Ismail yang ketika itu baru berusia 11 tahun dan bergelar Mulk al Shalih. Para ulama dan pembesar menginginkan agar Emir Salahudin mengambil alih kuasa kerana tidak suka kepada Mulk al-Shalih keran selalu cuai melaksanakan tanggungjawabnya dan suka bersenang-senang. Akan tetapi Shalahuddin tetap taat setia dan mendoakan Mulk al Saleh dalam setiap khutbah Jumaat, bahkan mengabadikannya pada mata wang syiling. Apabila Damsyik terdedah pada serangan kaum Salib, barulah Shalahudin menggerakkan pasukannya ke Syiria untuk mempertahankan kota itu daripada jatuh. Tidak lama kemudian Ismail wafat, maka Shalahuddin menyatukan Syria dengan Mesir dan menubuhkan Emirat Al-Ayyubiyah dengan beliau sendiri sebagai Emirnya yang pertama. Tiada berapa lama kemudian, Sultan Shalahuddin dapat menggabungkan negeri-negeri An-Nubah, Sudan, Yaman dan Hijaz ke dalam kekuasaannya yang besar. Negara di Afirka yang telah diduduki oleh askar Salib dari Normandy, juga telah dapat direbutnya dalam masa yang singkat. Dengan ini kekuasaan Shalahuddin telah cukup besar dan kekuatan tenteranya cukup ramai untuk mengusir tentera kafir Kristian yang menduduki Baitul Maqdis selama berpuluh tahun. Sifatnya yang lemah lembut, zuhud, wara’ dan sederhana membuat kaum Muslimin di bawah kekuasaannya sangat mencintainya. Demikian juga para ulama sentiasa mendoakannya agar cita-cita sucinya untuk merampas semula Tanah Suci berhasil dengan segera.




Perjuangan Merebut Baitul Maqdis Setelah merasa kuat, Sultan Shalahuddin menumpukan perhatiannya untuk memusnahkan tentera Salib yang menduduki Baitul Maqdis dan merebut kota Suci itu semula. Banyak rintangan dan problem yang dialami oleh Sultan sebelum maksudnya tercapai. Siasah yang mula-mula dijalankannya adalah mengajak tentera Salib untuk berdamai. Pada lahirnya, kaum Salib memandang bahawa Shalahuddin telah menyerah kalah, lalu mereka menerima perdamaian ini dengan sombong. Sultan sudah menjangka bahawa orang-orang kafir Kristian itu akan mengkhianati perjanjian, maka ini akan menjadi alasan bagi beliau untuk melancarkan serangan. Untuk ini, beliau telah membuat persiapan secukupnya. Ternyata memang betul, baru sebentar perjanjian ditandatangani, kaum Salib telah mengadakan pelanggaran. Maka Sultan Shalahuddin, segera bergerak melancarkan serangan, tapi kali ini masih gagal dan beliau sendiri hampir kena tawan. Beliau kembali ke markasnya dan menyusun kekuatan yang lebih besar. Suatu kejadian yang mengejutkan Sultan dalam suasana perdamaian adalah tindakan seorang panglima Salib Count Rainald de Chatillon yang bergerak dengan pasukannya untuk menyerang kota Suci Makkah dan Madinah. Akan tetapi pasukan ini hancur binasa digempur mujahid Islam di laut Merah dan Count Rainald dan sisa pasukannya balik ke Jerussalem. Dalam perjalanan, mereka telah berjumpa dengan satu iring-iringan kafilah kaum Muslimin yang didalamnya terdapat seorang saudara perempuan Sultan Shalahuddin. Tanpa berfikir panjang, Count dan kuncu-kuncunya menyerang kafilah tersebut dan menawan mereka termasuk saudara perempuan kepada Shalahuddin. Dengan angkuh Count berkata: “Apakah Muhammad, Nabi mereka itu mampu datang untuk menyelamatkan mereka?” Seorang anggota kafilah yang dapat meloloskan diri terus lari dan melapor kepada Sultan apa yang telah terjadi. Sultan sangat marah terhadap pencabulan gencatan senjata itu dan mengirim perutusan ke Jerussalem agar semua tawanan dibebaskan. Tapi mereka tidak memberikan jawapan. Ekoran kejadian ini, Sultan keluar membawa pasukannya untuk menghukum kaum Salib yang sering mengkhianati janji itu. Terjadilah pertempuran yang sangat besar di gunung Hittin sehingga dikenal dengan Perang Hittin. Dalam pertempuran ini, Shalahuddin menang besar. Pasukan musuh yang berjumlah 45,000 orang hancur binasa dan hanya tinggal beberapa ribu saja yang sebagian besarnya menjadi tawanan termasuk Count Rainald de Chatillon sendiri. Semuanya diangkut ke Damaskus. Count Rainald yang telah menawan saudara perempuan Sultan dan mempersendakan Nabi Muhammad itu digiring ke hadapan beliau. “Nah, bagaimana jadinya yang telah nampak oleh engkau sekarang? Apakah saya tidak cukup menjadi pengganti Nabi Besar Muhammad untuk melakukan pembalasan terhadap berbagai penghinaan engkau itu?” tanya Sultan Shalahuddin. Shalahuddin mengajak Count agar masuk Islam, tapi dia tidak mahu. Maka dia pun dihukum bunuh kerana telah menghina Nabi Muhammad.




Kembali Ke Pangkuan Kaum Muslimin Setelah melalui berbagai peperangan dan menaklukkan berbagai benteng dan kota, sampailah Sultan Shalahuddin pada matlamat utamanya iaitu merebut Baitul Maqdis. Kini beliau mengepung Jerussalem selama empat puluh hari membuat penduduk di dalam kota itu tidak dapat berbuat apa-apa dan kekurangan keperluan asas. Waktu itu Jerussalem dipenuhi dengan kaum pelarian dan orang-orang yang selamat dalam perang Hittin. Tentera pertahanannya sendiri tidak kurang dari 60,000 orang. Pada mulanya Sultan menyerukan seruan agar kota Suci itu diserahkan secara damai. Beliau tidak ingin bertindak seperti yang dilakukan oleh Godfrey dan orang-orangnya pada tahun 1099 untuk membalas dendam. Akan tetapi pihak Kristian telah menolak tawaran baik dari Sultan, bahkan mereka mengangkat Komandan Perang untuk mempertahankan kota itu. Kerana mereka menolak seruan, Sultan Shalahuddin pun bersumpah akan membunuh semua orang Kristian di dalam kota itu sebagai membalas dendam ke atas peristiwa 90 tahun yang lalu. Mulailah pasukan kaum Muslimin melancarkan serangan ke atas kota itu dengan anak panah dan manjanik. Kaum Salib membalas serangan itu dari dalam benteng. Setelah berlangsung serangan selama empat belas hari, kaum Salib melihat bahawa pintu benteng hampir musnah oleh serangan kaum Muslimin. Para pemimpin kaum Salib mulai merasa takut melihat kegigihan dan kekuatan pasukan Muslim yang hanya tinggal menunggu masa untuk melanggar masuk. Beberapa pemimpin Kristian telah keluar menemui Sultan Shalahuddin menyatakan hasratnya untuk menyerahkan kota Suci secara aman dan minta agar nyawa mereka diselamatkan. Akan tetapi Sultan menolak sambil berkata: “Aku tidak akan menaklukkan kota ini keculai dengan kekerasan sebagaimana kamu dahulu menaklukinya dengan kekerasan. Aku tidak akan membiarkan seorang Kristian pun melainkan akan kubunuh sebagaimana engkau membunuh semua kaum Muslimin di dalam kota ini dahulu.” Setelah usaha diplomatik mereka tidak berhasil, Datuk Bandar Jerussalem sendiri datang menghadap Sultan dengan merendah diri dan minta dikasihani, memujuk dan merayu dengan segala cara. Sultan Shalahuddin tidak menjawabnya. Akhirnya ketua Kristian itu berkata: “Jika tuan tidak mahu berdamai dengan kami, kami akan balik dan membunuh semua tahanan (terdiri dari kaum Muslimin seramai 4000 orang) yang ada pada kami. Kami juga akan membunuh anak cucu kami dan perempuan-perempuan kami. Setelah itu kami akan binasakan rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang indah-indah, semua harta dan perhiasan yang ada pada kami akan dibakar. Kami juga akan memusnahkan Kubah Shahra’, kami akan hancurkan semua yang ada sehingga tidak ada apa-apa yang boleh dimanfaatkan lagi. Selepas itu, kami akan keluar untuk berperang mati-matian, kerana sudah tidak ada apa-apa lagi yang kami harapkan selepas ini. Tidak seorang pun boleh membunuh kami sehingga sebilangan orang-orang tuan terbunuh terlebih dahulu. Nah, jika demikian keadaannya, kebaikan apalagi yang tuan boleh harapkan?” Setelah mendengar kata-kata nekat dan ugutan itu, Sultan Shalahuddin menjadi lembut dan kasihan dan bersedia untuk memberikan keamanan. Beliau meminta nasihat para ulama yang mendampinginya mengenai sumpah berat yang telah diucapkannya. Para ulama mengatakan bahawa beliau mesti menebus sumpahnya dengan membayar Kifarat sebagaimana yang telah disyariatkan. Maka berlangsunglah penyerahan kota secara aman dengan syarat setiap penduduk mesti membayar wang tebusan. Bagi lelaki wajib membayar sepuluh dinar, perempuan lima dinar dan kanak-kanak dua dinar sahaja. Barangsiapa yang tidak mampu membayar tebusan, akan menjadi tawanan kaum Muslimin dan berkedudukan sebagai hamba. Semua rumah, senjata dan alat-alat peperangan lainnya mesti ditinggalkan untuk kaum Muslimin. Mereka boleh pergi ke mana-mana tempat yang aman untuk mereka. Mereka diberi tempo selama empat puluh hari untuk memenuhi syarat-syaratnya, dan Barangsiapa yang tidak sanggup menunaikannya sehinnga lewat dari waktu itu, ia akan menjadi tawanan. Ternyata ada 16,000 orang Kristian yang tidak sanggup membayar wang tebusan. Semua mereka ditahan sebagai hamba. Maka pada hari Jumaat 27 Rajab 583 Hijrah, Sultan Shalahuddin bersama kaum Muslimin memasuki Baitul Maqdis. Mereka melaungkan “Allahu Akbar” dan bersyukur kehadirat Allah s.w.t. Air mata kegembiraan menitis di setiap pipi kaum Muslimin sebaik saja memasuki kota itu. Para ulama dan solehin datang mengucapkan tahniah kepada Sultan Shalahuddin di atas perjuangannya yang telah berhasil. Apalagi tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh Isra’ Nabi S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Pada hari Jumaat tersebut, kaum Muslimin tidak sempat melaksankan solat Jumaat di Masjidil Aqsa kerana sempitnya waktu. Mereka terpaksa membersihkan Masjid Suci itu dari babi, kayu-kayu salib, gambar-gambar rahib dan patung-patung yang dipertuhan oleh kaum Kristian. Barulah pada Jumaat berikutnya mereka melaksanakan solat Jumaat di Masjidil Aqsa buat pertama kalinya dalam masa 92 tahun. Kadi Muhyiddin bin Muhammad bin Ali bin Zaki telah bertindak selaku khatib atas izin Sultan Shalahuddin. Kejatuhan Jerussalem ke tangan kaum Muslimin telah membuat Eropah marah. Mereka melancarkan kutipan yang disebut “Saladin tithe”, yakni derma wajib untuk melawan Shalahuddin yang hasilnya digunakan untuk membiayai perang Salib. Dengan angkatan perang yang besar, beberapa orang raja Eropah berangkat untuk merebut kota Suci itu semula. Maka terjadilah perang Salib ketiga yang sangat sengit. Namun demikian, Shalahuddin masih dapat mempertahankan Jerussalem sehingga perang tamat. Setahun selepas perang Salib ke tiga itu, Sultan Shalahuddin pulang kerahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, amin.




Peribadi Seorang Panglima Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi terbilang sebagai pahlawan dan Panglima Islam yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, khusyu’, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Para ulama dan penulis sejarah telah memberikan kepujian yang melangit. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan. Seorang penulis sejarah mengatakan: “Hari kematiannya merupakan kehilangan besar bagi agama Islam dan kaum Muslimin, kerana mereka tidak pernah menderita semenjak kehilangan keempat-empat Khalifah yang pertama (Khulafaurrasyidin). Istana, kerajaan dan dunia diliputi oleh wajah-wajah yang tertunduk, seluruh kota terbenam dalam dukacita, dan rakyat mengikuti keranda jenazahnya dengan tangisan dan ratapan.” Sultan Shalahuddin adalah seorang pahlawan yang menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk Islam. Hidup nya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar. Beliau sentiasa menjaga waktu-waktu solat dan mengerjakannya secara berjamaah. Dikatakan bahawa beliau sepanjang hayatnya tidak pernah terlepas dari mengerjakan solat jamaah, bahkan ketika sakit yang membawa pada ajalnya, beliau masih tetap mengerjakan solat berjamaah. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap di dalam saf. Beliau suka mendengarkan bacaan Al-Quran, Hadis dan ilmu pengetahuan. Dalam bidang Hadis, beliau memang mendengarkannya secara teratur, sehingga beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis apabila mendengarkan hadis. Di dalam buku The Historians’ History of the World disebutkan sifat-sifat Shalahuddin sebagai berikut: “Keberanian dan keberhasilan Sultan Shalahuddin itu terjelma seluruhnya pada perkembangan keperibadian yang luar biasa. Sama seperti halnya dengan Emir Imamuddin Zanki dan Emir Nuruddin Zanki, beliau juga merupakan seorang Muslim yang taat. Sudah menjadi kebiasaan bagi Sultan Shalahuddin membacakan Kitab Suci Al-Quran kepada pasukannya menjelang pertempuran berlangsung. Beliau juga sangat disiplin mengqada setiap puasanya yang tertinggal dan tidak pernah lalai mengerjakan solat lima waktu sampai pada akhir hayatnya. Minumannya tidak lain dari air kosong saja, memakai pakaian yang terbuat dari bulu yang kasar, dan mengizinkan dirinya untuk dipanggil ke depan pengadilan. Beliau mengajar sendiri anak-anaknya mengenai agama Islam.......” Seluruh kaum Muslimin yang menyaksikan kewafatannya menitiskan air mata apabila Sultan yang mengepalai negara yang terbentang luas dari Asia hingga ke Afrika itu hanya meninggalkan warisan 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak punya tanah atau kebun. Padahal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Emirat Ayyubiyah. Kain yang dibuat kafannya adalah betul-betul dari warisan beliau yang jelas-jelas halal dan sangat sederhana. Anak beliau yang bernama Fadhal telah masuk ke liang lahad meletakkan jenazah ayahnya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama pedangnya yang dipergunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi dan dijadikannya tongkat kelak pada hari kiamat. Rahimahullahu anh. Ketika buku ini ditulis, Baitul Maqdis sedang berada di dalam kekuasaan Zionis Yahudi dengan negaranya Israil yang dipaksakan. Jika sekiranya ada kepala negara yang bersifat seperti Sultan Shalahuddin di Timur Tengah sana, insya Allah Baitul Maqdis dapat direbut semula oleh kaum Muslimin. 
Sumber:Nurhidayah 11.foremer.com



Ringkasan Kronologi Perang Salib 

1. Tujuan perang salib dilancarkan oleh kristian(mazhab katolik yg berpusat di Rome) kerana ingin merampas Baitulmaqdis daripada Islam serta ingin menawan konstantinople daripad kristian bermazhab ortodoks(peperangan sesama mereka pada tahun 1204 M) 
2. Perlu di fahami bangsa yg pertama yang menguasai baitulmaqdis adalah yahudi kerana mereka percaya di situ terletaknya pemerintahan Nabi Daud dan Sulaiman.Kemudian bangsa Babylon mnguasai Baitulmaqdis,kemudian bangsa Parsi,kemudian Kristian(Rome)  pada tahun 335 M..
3. Di masa Rome inilah kristian telah membina sebuah Gereja Makam Suci,mngikut kepercayaan mereka di situ tapak Nabi Isa di salib. 
4. Pada tahun 638 M tentera Islam telah membebaskan baitulmaqdis daripada kristian.. 
5. Pada tahun 1099 M tentera Kristian kembali menguasai baitulmaqdis dan membunuh orang-orang Islam dan yahudi.. 
6. Punca yg mempercepatkan perang antara Islam dan kristian adalah di sebabkan Khalifah al-Hakim amrillah(daulah Fatimiyah) merobohkan gereja makam suci.. 
7. Setelah menguasai Baitulmaqdis,kristian meluaskan jajahan di sekitar baitulmaqdis dan panglima Islam yang pertama berhadapan dgn tentera salib adalah Zengi(pemerintah kesultanan Edessa & Aleppo dalam wilayah daulah Abbasiyah).Setelah kematian zengi,di teruskan oleh anaknya Nuruddin.. 
8. Di saat Kaherah(wilayah Fatimiyah) lemah kerana pergaduhan sesama mereka, tentera salib mengambil peluang untuk menguasai Kaherah,Mesir.. 
9. Menteri Fatimiyah meminta bantuan Nuruddin memerangi tentera salib dan Menang peperangan 
10. Kemudian tentera salib datang lagi ke kaherah untuk berperang,menteri Fatimiyah meminta bantuan Nuruddin lagi.Nuruddin melantik Syirkuh mengetuai peperangan tetapi mengalami kekalah.. 
11. Nuruddin melantik Salahuddin al-Ayubi menggantikan Syirkuh, dan Salahudin berjaya mengusir tentera salib keluar dari Mesir.. 
12. Daulah Fatimiyah menaruh harapan Salahudin memimpin kaherah,dan  melantiknya sebagai menteri.. 13. Salahudin mengambil peluang menghancurkan daulah Fatimiyah setelah kematian Khalifah al-Adid(Khalifah Fatimiyah) untuk mengembalikan mesir di bawah daulah Abbasiyah.. 
14. Salahudin kembali memberi tumpuan kepada musuh Islam yg sebenar,yaitu tentera salib. 
15. Ekspedisi ke baitulmaqdis berterusan sehingga Salahudin berjaya membebaskan baitulmaqdis daripada Kristian.. 

Kesan Perang 
1. Bermulanya zaman Renaissaince di Eropah yakni kebangkitan/kelahiran semula Eropah..
2.  Kebudayaan Islam & Ilmu Islam,perubatan,sains,matematik & senibina Islam di bawa ke Eropah dan berkembang di sana.. 
3.  Kubu-kubu dan kota di Eropah berubah menjadi struktur yg lebih kuat dan besar.. 
4.  Bermulanya perang salib gaya baru ke atas umat Islam(perang pemikiran) sehingga kini.. 
5.  Bagi Islam kekalahan tentera salib adalah kemenangan yang sangat besar,Salahudin diangkat sebagai ikon pahlawan yg sangat hebat.. :: 
Daulah Fatimiyah - Bermazhab syiah Ismailiyah :: 
Daulah Abbasiyah - Bermazhab ahli sunnah :: 
Di namakan perang salib kerana tentera Kristian membawa salib ketika berperang sebagai semangat dan lambang peperangan agama,mereka berpendapat akan mendapat ganjaran syurga jika mereka mati dalam peperangan.. Wallahualam

Sumber dari: kiff-isme.blogspot.com