Labels

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Friday, January 18, 2013

GIS Admin Activities, love it!

 - July 2012 - Sungai Klah, Perak
 Our handmade -Tak balance, Mr Stewart kena tengah, tukar tempat ye Mr Principal - 2km river bamboo rafting
 hahaha....this is hilarious, the last time i play this when i was in upper six
 Dec 2012 makan, free gift, lucky draw, gethered is all we want
 superb asam laksa, more pudina please
 the only game i want to play, the easier - yg penting masuk dpt hadiah
 April 2012 - pesta buah kampung
 archery - i love this game, can i practice everyday?
 end 2011 pangkor - we won! first time play, buang takut yg penting semangat menang
 on top of cameron -fear factor challenge
 steamboat on cool nite - that's cool, no limit, makan sampai pengsan
 bowling tradisi ditengah panas
 Jan 2012 - tengok sape yg kena
Dec 2010 - try cuba test
March 2012- 2nd runner up berposing, age from 24-60, team work
 hahahaha.....dah tua main galah panjang
 Jamuan Raya 2012 - makan lagi, bertompok-tompok pinggan, banyak lagi tapao
Macam2 resepi dlm DHL flayer....hahahaha..dari bagi balik kat katerer, angkat la

Dec 2011 - poco-poco tepi pantai, yg ajar pun x ingat step

Monday, June 25, 2012

Opening Ceremony GIS Olympic

Owsome! The music make everybody up from our comfortable seat and march to the astro-field and gather with them...GIS olympic began today with this official opening by primary students accompanied by the music department students, right trough until 25th August. Everyday there will be different programs set up. Hey! the school will be close on 13th July, who's going to continue....us, the admins? Well, I love to jump into the pool 



The sound came from all sort of things that can form sound, look at it! 
 glass, geometri sets, tin...all sort, i can imagine the practice!

Well done kids!... I love 
Today will be the last evening exam 6 to 7.30pm edexcel further maths, coming Wednesday 27th will be the last exam day DT. My busies time in the year will be over! started 8th May. 22nd May until 31st almost everyday stayed back until 8pm then 12th June till today...

School will be close for summer break 7 weeks. 12th August results day during Ramadan, school open again on the 27th August, new term, new academic year 2012-2013 - statement of result for the final exam will arrive from UK. Exam start again October-November + certificate day mid of October...clash, never can avoid the superpeak clash...evening exam again... In between Nurin n Amir will be seating for their trial 1st August for a week, only 30days to prepare, UPSR early September PMR early October. Ya Allah please make it easy for Amir & Nurin.

I will arrange satu pertiga solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat untuk kedua anakku sayang beserta dengan umi dan abah...May Allah make it easy, nothing is impossible for Allah, it's very easy for Allah, please help them and to all candidates...please give them success. MasyaAllah... betapa indah takdirMU. Selawat dan salam keatas rahmat sekelian alam Muhammad Sallallahu alaihi wasallam

Thursday, March 1, 2012

Hafazan 3

Alhamdulillah dah tasmi' ayat 1-11
Hari ni belajar doa sujud sajdah
Surah Sajdah ayat 15, selepas habis ayat baca dgn suara perlahan
"Wasubhanallah, walhamdulillah, walailahailallah, wallahuakbar, walahaulawalaquwati illabillah"



sekiranya tidak dapat bersujud waktu membaca dan teruskan ayat 16

Dirumah-masjid yg boleh sujud- sujudlah (dipanggil sujud tilawah) dgn membaca

[image-21.gif]

Ada beberapa surah yg mengandungi ayat2 sajdah (tandanya dlm Quran) amat jelas
Bacaanku tidak lancar, perlunya lebih banyak membaca quran biar biasa dgn huruf2 n bacaan
Tuan haji sangat lancar, begitu juga gadis disebelahku

Belajar beberapa lagi hukum2 tajwid...
TBTC ada sediakan kelas B.Arab....next class to attend.

Thursday, February 23, 2012

Kelas Hafazan 2

jakim image
Gambar ehsan Google

Malam tadi kami bertalaqi (baca dengan guru-ulang/ikut guru baca)
Ustaz datang awal dari pelajar
Sharp 8.30pm dia start - very disiplin in his job-kesan dari Al Quran
8.40 kami berhenti solat jemaah-baju mmg bole bwk solat tp x pakai stokin
Minggu depan mesti pakai pakaian solat...subhanallah...betapa aku selama ini rugi
Best talaqqi ramai-ramai...sebutan setiap huruf ustaz memang tidak dinafikan kepakarannya
Kami belajar tajwid secara ringkas yang memang sangat2 diharapkan
Learn a lot last night...
I need two pages to note down the tajwid
tarqiq, tafkhim, musaqqal, mahaffaf, idham, irfak, izhar, hafi, harakat, shafawi, mutlaq, rgunna, mad, qubra, shiddah, qolqolah, istiqlak, semuanya sangat asing sebelum ini
Alhamdulillah....syukur ya Allah dengan rezeki dan ilmu yang diajarkan kepadaku
InsyaAllah...akan ku praktikkan dan kongsi dgn family

Lepas ni mesti belajar tajwid disamping meneruskan hafazan
Dah tau sikit teknik2nya...11 ayat cuma bole hafaz 4 tapi malu n tak berani nak tasmek (tasmi'k)
Tasmi'k (baca face to face dengan guru)
Cara ustaz sgt lembut, "tok sah nak risau sbb kita tak de periksa" katanya sambil senyum
"Alhamdulillah semuanya boleh, samaada yg dah tasmek @ belum"-indahnya
Patut ku lakukan kepada keluarga dan bertegas pd beberapa perkara
Ini adalah cara psychology, memuji sebagai galakan utk meneruskan
Consistant...minggu depan mesti tasmek sebelum uzur, InsyaAllah
Eh apa pulak....tasmek utk ayat2 baru, klu uzur bole tasmek ulangan (yg dah hafal)
The best time masa org belum ramai, sebelum kelas start....ustaz byk beri kelonggaran

Ada masa ni, kena kemaskan nota2 malam tadi
Nak cepat punya pasal dgn iqbal menangis nak ikut, terlupa quran...
Alhamdulilllah dah print surah lekat kat buku
Pen pun lupa bawak?....pinjam kat adik TBTC
Alhamdulillah....maha suci Allah yang memberikan rezeki bagiku mengikuti kelas ni
Lepas kelas tajwid...kelas B.Arab...bahasa Al Quran
Tiga2 kelas ni sangat2 penting, dah wajib ku kongsi dgn family
Alhamdulillah...Alhamdulillah yang tidak terhingga...syukur!


  • What best is I know arabic no. n start to use it :) isn't it awesome?


  • Bismillah jika dibaca BITH = dosa, jika dibaca BIS = nama
  • Menukar bacaan huruf = kesalahan besar
  • Satu soalan - kenapa ditulis mim tu panjaaaang lepas BIS?
     Selingan ustaz kata tentang tangguh solat, baiklah solat sekarang kat TBTC
Balik rumah nanti "tak pe lah, masa panjang, bole buat sambail solat tahajjud, kiyamullail, sampai esok pagi jam lima pun boleh isyak lagi" syaitan bisik
Memang ini terjadi, kepada sesiapa pun, lagi kuat imannya lagi kuat syaitan berbisik
Tapi jika org kuat iman dia tak layan langsung kerana kecintaannya dan TAATnya pada Allah
Mengatasi segala-galanya, syaitan kalahlah...menang hamba2 yg bertakwa"

Tuesday, February 21, 2012

Status hafalan

Rabu lalu setelah hadir kelas hafazan dlm keadaan uzur
Bertangguh sampai hari ahad baru bole sentuh Al Quran
Setakat hari ni, malam besok nak bertalaqi depan ustaz baru hafal ayat 1-3
Ha...! memang bukan mudah, ustaz kata tak susah...bole
Memang boleh...memerlukan keazaman dan hafalan berjadual
60x or 30x baru bole dapat...10x tak boleh
Orang lain mungkin bole...jangan lupa doa sebelum membaca dan doa selepasnya
Alhamdulillah...ana dah hafal doanya


Quran ni lah yang ana pinjam dari mak ana, dia dapat masa balik haji 2006
Terang dan besar2 ayat2nya...senang terutama dengan mata ana

Alhamdulillah... banyak yang telah dipelajari dari Rabu lalu
Diri amat cenderung kepada ilmu dan penambah baikan amal
Aurat...yang pertama ana harus sempurnakan
Aurat diri dan puteri ana
Akhlak...ana pada Allah, pada Rasul, pada suami dan anak2 dirumah
Rumah... bagaimana keluaran anak2 dari rumah ana, akhlaknya, amalnya, tutur katanya?

Susah untuk menghafal, dia tak mau lekat sbb ana tidak melakukan cara yang betul
yang disarankan oleh ustaz, dlm keadaan wuduk, bersugi, bersih hati, tempat yg sesuai
pilih berapa ayat nak dihafal, baca dengan betul 10x, ulang lagi sampailah boleh ingat
Tau maksudnya, sambil membaca, tasmik, maksudnya masuk kebenak
Ulang lagi dah betul2 hafal barulah hafal ayat baru, ulang sampai hafal
Kemudian bacalah dengan ayat pertama....begitulah seterusnya
Ustaz suruh hafal satu muka, ayat 1-11...hmmm....esok smpi ayat berapa anak bole?
Yang penting mesti bagi ustaz dengar, tajwid yg ana risaukan
Subhanallah...seronoknya hadir majlis ilmu, semoga Allah bagi kemudahan untukku
membawa suami, anak2 kemajlis-majlis ilmu demi meningkatkan iman dan amal

Mandi berkain...ha!...berapa orang yg amalkan?
Alhamdulillah ana dah mulakan dari semalam
Semenjak menghafal terasa malu sangat2 dengan  Allah
Ana mesti jaga akhlak ana, sedikit-sedikit timbul kesedaran2 lain
Harus ana grab opportunity ni kalau tidak akan hilang

Misi ana sekali jalan kelas hafazan ialah menghafal ayat2 lazim dalam juz 30
Ayat pertama Wadhuha...setakat ni baru hafal ayat 1-2 dlm sunat dhuha
Apalah...memang rasa payah betul nak ingat...adakah kerana amalan2 ana
Kelakuan ana yg banyak kena perbetulkan, makan ana?
Hati kena sentiasa bersih...subhanallah...indahnya menghafal
Baru belajar menghafal satu surah dan macam2 perubahan pada diri
Banyak yang ana perlu pelajari dan yang harus ana kongsi dengan anak2
Dah banyak idea2 untuk berkongsi dengan family

Thursday, February 16, 2012

Kelas Hafazan 1



Alhamdulillah...berjaya juga sampai ke bangunan ni malam tadi, ingatkan kelas dah mula
Datang awal 7.40pm, pusing punya pusing punya pusing, tanya pusing lagi sampailah ke Petronas KIP
Isi petrol yang dah nak habis....patah balik kat situ sbb yakin mesti kat area tu, yakin mesti hadir kelas
Dengan bismillah...ternampak wlu terlepas bangunan tu
Sedangkan masa pusing2 tadi dah pun masuk kawasan tu, dah pun buat pusingan disitu tapi
tak pulak nak tengok nama bangunan yang beroperasi waktu malam-satu2nya
tidak terlintas pulak dalam kotak fikiran mungkin sbb tergesa-gesa tengok masa
Ini mungkin kerja syaitan yang cuba menyesatkan supaya berputus asa
Alhamdulillah...keinginan yang tinggi mengatasi kesukaran yang rasanya tidak seberapa
Alhamdulillah...semakin tinggi keyakinanku padaMU ya Rabb

Sampai, cuma ada dalam 6 orang, senarai nama panjang, so daftar-bayar, rupanya ada discount klu byr penuh
Duduk....sampailah isyak, orang lain bawak quran kita duduk hanya berbekalkan kertas yang disediakan
Mesti ada wuduk, ingatkan org2 yg berwuduk itulah yg nak mengajar
Bila selesai kelas...ramai peserta yg nampak baik2, berbeza dengan orang2 dimajlis2 lain
Terasa kekurangan diri, terasa kelemahan diri, tidak perlu wajah cantik
Kecantikan itu terpancar sendiri dari amalan2 baik yang disyariatkah oleh Islam
Subhanallah...ya Aziz
Nasib baik bawak pen. 8.50pm baru ustaz duduk mulakan majlis
Ustaz Amir...
Ustaz Amir Adili Mohd NoorGuru Hafazan
Subhanallah...nama anak sulongku, dia belajar mengaji lepas SPM
Ha....peluang tu, Ya Rahman, Ya Rahim...berikan kemudahan kepadaku untuk
Menghantar Amir Hakim mengaji, menghadiri kelas hafazan...impian dan cita-citaku
'Ibu saya nak saya mengaji, sepupu-sepupu dah masuk UM, UKM...siap sedara mara tanya
nak kerja apa gi belajar mengaji?....pada zaman tu lah katanya 1989...kini guru hafazan, bagi kuliah, imam masjid Sg Penchala...apa lagi yang dikehendaki oleh seorang ibu sepertiku
Anak2 yang beriman dan beramal soleh yang bertakwa kepada yang AHAD
MasyaAllah...cantiknya ketentuan yang telah Allah susun untuk kami sekeluarga...
Alhamdulillah...

Untuk menghadiri kelas hafazan sepatutnya tajwid dah qatam, bukan setakat qatam Quran
Apa2 yang ustaz bicarakan mengenai hukum2 tajwid satu pun ana tidak mengerti
Subhanallah...dengan berbaju kurung dan bertudung agak labuh, masih kurang rasanya adab ana
berbanding dengan muslimin2 lain...duduk depan,
ya Allah...tebalkanlah rasa maluku ditempat dan waktu yang tepat
Minggu depan kena pakai stokin, jubah, tudung yg lagi labuh memudahkan utk solat isyak
Tak perlu tukar ke telekung, sejuk juga bilik tu jadinya eloklah tebal sikit nanti

Subhanallah...memang sangat besar khafiat majlis ilmu pada muslim
Banyak yang dikutip hanya dengan satu kelas
Apatah lagi majlis2 ilmu yang lain, Ya Allah yang maha agung, lembutkan hati suamiku
Walau dia dia tidak setuju pada mulanya, fikirannya dan fikiranku tidak sealiran
Tetapi....itulah kecantikan takdir Allah...pasangan yang saling melengkapkan antara satu dgn yang lain

Ana kena start hafaz dah ni...minggu depan nak tasmik ustaz Amir (cantiknya name ni)
Lembut orangnya, diselang seli dengan senyuman ketika mengajar
Cantiknya akhlak orang yang hafaz Quran - katanya...hafaz bukan setakat hafal
tetapi biar ayat2 Quran itu menjaga kita bila kita menjaganya
Berjalan dan beraklak seperti ayat2 Quran yang kita baca
Subhanallah...kelas ini banyak menginsafkan kekurangan diri dan keluarga
Kelas ini banyak menggenangkan airmata

Ustaz mengajar di Sekolah Menengah Tahfiz IQKL
 IQKL
Lot 2916, Jalan 3/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur.
03-7725 2594 / 017-3463220
Faks : 03-7729 9227
iqkl2916@gmail.com

Maklumat lanjut mengenai kami : http://www.iqkl.us/

Adalah peluang untuk amir tapi dia kena amik bahasa Arab
IQKL yuran bulanan 500 agak tinggi untuk kami
Mesti ada sekolah2 yang lain dalam Selangor ni yang kami mampu
Sebenarnya...peluang untuk Amir masuk sek agama Rawang (SAM) Sek Men Agama Rawang cerah
sbb dia lelaki, saingan tak sehebat perempuan tapi masa tu tiada petunjuk langsung
Alhamdulillah...kali ni berpeluang dengar motivasi UPSRA 4hb Feb baru lah dpt tau 
InsyaAllah...kalau Nurin cemerlang...ada beberapa sekolah agama yang dia bole join
InsyaAllah Amir juga cemerlang so dua2 umi akan cuba masukkan kesekolah yg sama
InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah

Pangjang lebar lah pulak dari cerita kelas hafazan
Alhamdulillah...diberi petunjuk oleh Allah, diberi rezeki (maksudnya luas)
Sasaran 4 bulan training
Bulan pertama: Surah AsSajadah (15Feb-15Mar)
Bulan kedua: Surah Ar-Rahman (15Mar-15Apr)
Bulan ketiga: Surah Al-Mulk
Bulan Keempat: Surah Al Insan

Cara dan persiapan sebelum kelas dah diterangkan dalam kertas yang diberikan
Banyak ilmu yang boleh dipelajari dari dua helai kertas tu
Hafal paling kurang 10 kali walau 5 kali dah boleh dapat
Hari ni hari pertama...sampai 12.29 belum lagi ana menghafaz
Semalam terfikir untuk buka youtube dengar bacaan dan buka quran internet untuk semak
Sambil tu talaqi - ikut bacaan yg didengar
Talaqi, Tasmik, - dua perkataan yang ana belajar mlm tadi dan faham maksudnya
Tasmik hendaklah dengan guru hafazan, orang lain yang pandai mengaji minta semak boleh (murajaah)

Waktu terbaik untuk menghafaz adalah selepas solat maghrib menjelang isya
satu baris diulang sepuluh kali dengan bacaan yang betul, mahraj dan tajwidnya
Bacaan bole dan betul cuma hukum2 tajwid tak mahir sangat...
Ape pun kena pulak layari tanda2 tajwid dari internet ni

Please make it easy for us ya Qarim

Tuesday, November 8, 2011

Raya Qorban 2011(ahad)

Alhamdulillah...terlaksana tugas abang sebagai pelapah majlis qurban surau At-Takwa


My Bryani terlebih air so tak bawah g keramat tp bawak g segambut
Anak branak makan ok...tapi nak bwk rumah caterer ni...ehem...tak yah lah, buat malu je
Kari, lemak lodeh, sambal ikan bilis, ok bawak semua ke kramat n segambut
3pm baru kami gerak, raya kramat jumpe adik beradik, lepas magrib baru segambut
Lepak segambut 10.30 balik kepong-anak2 semua dah letih

Isnin-cuti ganti budak2 semua nak berenang...layan lah
Mak2nye duduk berborak sambil makan2...ketiga3nya uzur
Anis pun tak swim...pelik mungkin dia rasa tak sesuai dgn umur dia
Rupanya hpnya ayahnya tarik balik sebab off guna smpi 10pm tp terbabas ke 12pm
Dia tak tunjjuk pun masam cuma diam
Hahahaha....klu anak2 aku...amir...moncong


Bukan selalu dapat kumpul 3 family...lepas rindu budak2 ni dgn sepupu masing2...Amir sronok, Afiq ada. Afiq pun sronok balik asrama dpt berenang...mesti rindu terjun Duta Vista


Hahahah...ni bagus...dua2 duduk Taska Jannah...kesejukan tapi tak rasa...sronok punya pasal...naik bila lapar je..iqbal jamah potato chips dgn roti coklat je...balik merajuk, menjerit sebab van abah dia tak dapat potong unser cik alom...fui...lepas tu duduk je la dlm unser smpi ziarah last rumah baru dia dipaksa naik van balik

Alhamdulillah....dapat ziarah mang samri, penuh van n unser, padat...yg ramai anak2...tapi tu la...aku tak dapat hulur...badget dlm purse tak mengizinkan
Kurus dia...jalan bertingkat...berbeza saiz dia...kaki bengkak..impact dari accident dari tulang pangkal peha
Nak buat operation katanya.

Then...pusing berpusing melilau cari rumah Ha...nasib baik jumpe...kali ke-3 van tak boleh start.. tiup ke contact point memang kena ganti...tak boleh panas. Sronok lah...tengok ayam kg...Ha jadi pengusaha ayam kg...eram guna mesin. Sronok budak2 tu dpt pegang ayam...iqbal yg paling sronok...takut...hahaha...menjerit-jerit yg perempuan takut ayam ke geli. Hish......berbeza dgn zaman maknye...sikit pun tak heran. Siap masuk reban ayam lagi nak amik telur. reban ayam kg orang pun boleh masuk...bukan reban lagi tapi banglo ayam...hihihi...besar, siap bertingkat tempat tidor/eramnya.

Lepas magrib...jemaah...amir imam...singgah rumah mak pak...mak angkat abang...kesian, dok sorang2 rupanya..rumah sewa...adohai...kesian mmg kesian...ish...tak  boleh nak citer...bertuahnya mak, masih ada suami, anak2...tak pernah dok sorang. arwah nenek pun camtu...dikelilingi cucu-cucu. Mak kramat pun adalah tinggal sorang2 tapi sekarang ni Aed n bang Pi ada temankan...ara pun ade, cucu 2 hari2 masuk. Kesian...semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dah memberkati serta memberi keselamatan setiap waktu. 

Depan rumah...cukup, daun pandan, pudina, daun kanser? daun kari - ha ni yg best dpt info baru...daun kari buang angin buat ulam...Alom pulak tambah..mamak2 tu makan camtu je...dia pun ikut...lepas ni, i pun akan ikutlah...almaklum...memang angin (generation). Dapatlah mak daun pudina n daun kanser bawak balik nak tanam kat keramat. 

We balik terus, alom g antar mak n enja...dua kali van mati...yg first ok terus boleh start...dah sampi simpang sri damansara...mati agak lama...panas betul la tu....lebih kurang 15mins...nasib baik highway...terang, byk kereta tak sunyi. Smpi rumah...tak de nak makan pun semua dah keletihan...anak2 tidur...basuh baju2 berenang dorang, kemas pinggan2 n ape2 yg patut...fb kejap then titong...mimpi merapu-rapu bila ngereng kiri...ponek den...Alhamdulillah, pagi ni van ok sebab sejuk...7.20 dah sampi office...balik ni bermulalah episode menunggu lan n aini nak bwk balik kenari, esok pagi2 parking bwh...jln kaki g office dlm 10min gak baru smpi secondary office. So...6.45am mesti keluar rumah. Jam 8pm lah agaknya baru smpi rumah tiap hari sampailah dapat balik kereta...hmm....tekan brek sahaja for emergency not together with clatch...remember ye fidah...tu sebab dia tak berhenti, tapi menggelongsor....

Sunday, September 11, 2011

Majlid cukur jambul - Ammar Zakwan 9hb Sept


Cukur jambul adat orang melayu, semua anak2 aku pun ade majlis cukur jambul dengan aqiqah sekali. Dalam Islam Aqiqah tu sunnat muaqad yang paling digalakkan hari ketujuh kelahiran untuk memberi nama. "Tergantung doa anak2 kepada ibu bapanya sebelum diaqiqahkan". Alhamdulillah, semua dah selesai, ade rezeki nak buat qurban
 Yang paling seronok, tukang sepah, kediaman tuan rumah dah kemas semua hampir tengah malam

 Semua dah tak sabar nak tukar baju, panas - nak buat kerja, permintaan camerawoman family2 pakai sedondon...dapatlah jugak amik, Daus tukang amik gambar reramai

 30hb Aug-raya pertama. Tahun ni entah macamana, tak bergambar beramai dengan baju senada seirama 'peach' yang ni ter ramai

 Salam, cium dulu sebelum dapat duit raya 

 Kegemaran ramai pagi raya -menu wajib, lontong, ayam masak lemak boyan, pulut kukus, rendang daging - semua ada, apalagi isi perut sebelum ziarah arwah2

 Hahahaha....tradisi nenek semua nak baru pada hari raya, sehari atau seminggu sebelum tak boleh, sekurang-kurangnye malam raya tapi semua dah penat, letih, lembek & banyak lagi korje-korje lain. Masa ni rombongan org2 surau, bukan main sebuk siapkan ape yang patut, alih2 rombongan tak singgah sebab tak de seorang pun wakil yang ikut rombongan....hihihihi


Sabtu-10hb Sept. Dicelah-celah open house, lepas  menghantar sepupu bertunang di Kg Cheras Baru, majlis belum habis sebenarnya tapi sebab dah janji nak jumpe kawan2 ex semera n ex maxwell, lepas asar terus ke KLCC - lame tak singah...Alhamdulillah. Kesian Norlina, dia nak join tapi sebab sy tersalah sms 'ahad' dia terlepas. Perjumpaan singkat tetapi penuh pengisian

Tuesday, June 21, 2011

Sukan kak Nurin n Abang Luqman

Abah tengah borak dengan Luqman n the geng yang melilau-lilau tah ape yang dicari
Bukan cari ape pun umi perhatikan, membeli belah, jalan sana sini
Kami sampai awal rupanya...perasmian pun belum mula tapi saringan dah dijalankan untuk acara trek

Lintas hormat rumah merah-Jebat, rumah sukan abang Luqman tapi dia tak masuk perbarisan
Rasanya tahab dua dari standard 4-6, disiplin boleh percayai

Yang menariknya pasukan ni, pada topi trojen yang dipakai oleh pembawa panji-panjinya

Rumah Lekiu-rumah sukan kakak Nurin
Kakak ambil bahagian
Mari kita tengok close up

Tu dia, kakak malu
Yang berlengan panjang, barisan paling kiri, dalam gambar ni, paling belakang
Malu dia pakai sunflower, tapi orang lain yang tengok ok je, supportive
Temasya dirasmikan bila wakil melihat ada beberapa murid yang mengambil bahagian mula nak pengsan, apa da, tak yah cakap banyak, sian budak2 tu dah lah panas, mesti ramai yang tak sarapan
Takut lambat, kena tinggal bas ke stadium. Lucky anak2 umi alas perut dulu kat rumah

Acara darjah 3 - sukaneka, yang umi sempat tengok
Rumah merah leading mulanya, sampai peserta kedua yang alahai...bola asyik lari kebelakang
Buat lawak jenaka pulak, kesian...pasukan ni dapat nombor last sekali no 4
Sakit tekak umi jerit, MERAH! MERAH! MERAH!....CEPAT DIK CEPAT....GO GO GO GO
Luqman cepat luqman....itu yang nak di dengar oleh anak2 sorakan semangat

Lepas guni...kepit bola n lompat pulak, enjoy abang luqman
Seluar peserta kedua tadi mesti licin tu yang bola asyik la terlepas kebelakang tak boleh nak kepit
Seluar baru agaknya...

Dah sampai balik ke tengah, lari dalam guni lagi n pass kat kawan
Masa ni darjah 1 dan 2 juga mula sukaneka lelaki serentak
Pandai pihak pengelola sukan...3 in 1, jimat masa, very thoughfull

Lepas abang luqman main jam dah 10-45am time to go home for halfday work
Terlepas nak tengok kak nurin lari, masa ni dia dah berada di trek seberang padang berkumpul
Umi cuma dapat cakap sekejap selepas dia berbaris

Hari ni kak nurin kata pasukan dia Lekiu menang perbarisan, PBSM menang kategori pasukan beruniform. Dia tak dapat masuk sebab pakaian dia tak lengkap. Yang ada cuma baju dan seluar tampa aksesori yang lain. Tak pe la, tahun depan kakak kata nak masuk pancaragam, so masa ni barulah lengkapkan ye