Alhamdulillah...berjaya juga sampai ke bangunan ni malam tadi, ingatkan kelas dah mula
Datang awal 7.40pm, pusing punya pusing punya pusing, tanya pusing lagi sampailah ke Petronas KIP
Isi petrol yang dah nak habis....patah balik kat situ sbb yakin mesti kat area tu, yakin mesti hadir kelas
Dengan bismillah...ternampak wlu terlepas bangunan tu
Sedangkan masa pusing2 tadi dah pun masuk kawasan tu, dah pun buat pusingan disitu tapi
tak pulak nak tengok nama bangunan yang beroperasi waktu malam-satu2nya
tidak terlintas pulak dalam kotak fikiran mungkin sbb tergesa-gesa tengok masa
Ini mungkin kerja syaitan yang cuba menyesatkan supaya berputus asa
Alhamdulillah...keinginan yang tinggi mengatasi kesukaran yang rasanya tidak seberapa
Alhamdulillah...semakin tinggi keyakinanku padaMU ya Rabb
Sampai, cuma ada dalam 6 orang, senarai nama panjang, so daftar-bayar, rupanya ada discount klu byr penuh
Duduk....sampailah isyak, orang lain bawak quran kita duduk hanya berbekalkan kertas yang disediakan
Mesti ada wuduk, ingatkan org2 yg berwuduk itulah yg nak mengajar
Bila selesai kelas...ramai peserta yg nampak baik2, berbeza dengan orang2 dimajlis2 lain
Terasa kekurangan diri, terasa kelemahan diri, tidak perlu wajah cantik
Kecantikan itu terpancar sendiri dari amalan2 baik yang disyariatkah oleh Islam
Subhanallah...ya Aziz
Nasib baik bawak pen. 8.50pm baru ustaz duduk mulakan majlis
Ustaz Amir...
Ustaz Amir Adili Mohd Noor | Guru Hafazan |
Ha....peluang tu, Ya Rahman, Ya Rahim...berikan kemudahan kepadaku untuk
Menghantar Amir Hakim mengaji, menghadiri kelas hafazan...impian dan cita-citaku
'Ibu saya nak saya mengaji, sepupu-sepupu dah masuk UM, UKM...siap sedara mara tanya
nak kerja apa gi belajar mengaji?....pada zaman tu lah katanya 1989...kini guru hafazan, bagi kuliah, imam masjid Sg Penchala...apa lagi yang dikehendaki oleh seorang ibu sepertiku
Anak2 yang beriman dan beramal soleh yang bertakwa kepada yang AHAD
MasyaAllah...cantiknya ketentuan yang telah Allah susun untuk kami sekeluarga...
Alhamdulillah...
Untuk menghadiri kelas hafazan sepatutnya tajwid dah qatam, bukan setakat qatam Quran
Apa2 yang ustaz bicarakan mengenai hukum2 tajwid satu pun ana tidak mengerti
Subhanallah...dengan berbaju kurung dan bertudung agak labuh, masih kurang rasanya adab ana
berbanding dengan muslimin2 lain...duduk depan,
ya Allah...tebalkanlah rasa maluku ditempat dan waktu yang tepat
Minggu depan kena pakai stokin, jubah, tudung yg lagi labuh memudahkan utk solat isyak
Tak perlu tukar ke telekung, sejuk juga bilik tu jadinya eloklah tebal sikit nanti
Subhanallah...memang sangat besar khafiat majlis ilmu pada muslim
Banyak yang dikutip hanya dengan satu kelas
Apatah lagi majlis2 ilmu yang lain, Ya Allah yang maha agung, lembutkan hati suamiku
Walau dia dia tidak setuju pada mulanya, fikirannya dan fikiranku tidak sealiran
Tetapi....itulah kecantikan takdir Allah...pasangan yang saling melengkapkan antara satu dgn yang lain
Ana kena start hafaz dah ni...minggu depan nak tasmik ustaz Amir (cantiknya name ni)
Lembut orangnya, diselang seli dengan senyuman ketika mengajar
Cantiknya akhlak orang yang hafaz Quran - katanya...hafaz bukan setakat hafal
tetapi biar ayat2 Quran itu menjaga kita bila kita menjaganya
Berjalan dan beraklak seperti ayat2 Quran yang kita baca
Subhanallah...kelas ini banyak menginsafkan kekurangan diri dan keluarga
Kelas ini banyak menggenangkan airmata
Ustaz mengajar di Sekolah Menengah Tahfiz IQKL
IQKL
Lot 2916, Jalan 3/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur.
03-7725 2594 / 017-3463220
Faks : 03-7729 9227
iqkl2916@gmail.com
Maklumat lanjut mengenai kami : http://www.iqkl.us/
Adalah peluang untuk amir tapi dia kena amik bahasa Arab
IQKL yuran bulanan 500 agak tinggi untuk kami
Mesti ada sekolah2 yang lain dalam Selangor ni yang kami mampu
Sebenarnya...peluang untuk Amir masuk sek agama Rawang (SAM) Sek Men Agama Rawang cerah
sbb dia lelaki, saingan tak sehebat perempuan tapi masa tu tiada petunjuk langsung
Alhamdulillah...kali ni berpeluang dengar motivasi UPSRA 4hb Feb baru lah dpt tau
InsyaAllah...kalau Nurin cemerlang...ada beberapa sekolah agama yang dia bole join
InsyaAllah Amir juga cemerlang so dua2 umi akan cuba masukkan kesekolah yg sama
InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah
Pangjang lebar lah pulak dari cerita kelas hafazan
Alhamdulillah...diberi petunjuk oleh Allah, diberi rezeki (maksudnya luas)
Sasaran 4 bulan training
Bulan pertama: Surah AsSajadah (15Feb-15Mar)
Bulan kedua: Surah Ar-Rahman (15Mar-15Apr)
Bulan ketiga: Surah Al-Mulk
Bulan Keempat: Surah Al Insan
Cara dan persiapan sebelum kelas dah diterangkan dalam kertas yang diberikan
Banyak ilmu yang boleh dipelajari dari dua helai kertas tu
Hafal paling kurang 10 kali walau 5 kali dah boleh dapat
Hari ni hari pertama...sampai 12.29 belum lagi ana menghafaz
Semalam terfikir untuk buka youtube dengar bacaan dan buka quran internet untuk semak
Sambil tu talaqi - ikut bacaan yg didengar
Talaqi, Tasmik, - dua perkataan yang ana belajar mlm tadi dan faham maksudnya
Tasmik hendaklah dengan guru hafazan, orang lain yang pandai mengaji minta semak boleh (murajaah)
Waktu terbaik untuk menghafaz adalah selepas solat maghrib menjelang isya
satu baris diulang sepuluh kali dengan bacaan yang betul, mahraj dan tajwidnya
Bacaan bole dan betul cuma hukum2 tajwid tak mahir sangat...
Ape pun kena pulak layari tanda2 tajwid dari internet ni
Please make it easy for us ya Qarim
Hari ni hari pertama...sampai 12.29 belum lagi ana menghafaz
Semalam terfikir untuk buka youtube dengar bacaan dan buka quran internet untuk semak
Sambil tu talaqi - ikut bacaan yg didengar
Talaqi, Tasmik, - dua perkataan yang ana belajar mlm tadi dan faham maksudnya
Tasmik hendaklah dengan guru hafazan, orang lain yang pandai mengaji minta semak boleh (murajaah)
Waktu terbaik untuk menghafaz adalah selepas solat maghrib menjelang isya
satu baris diulang sepuluh kali dengan bacaan yang betul, mahraj dan tajwidnya
Bacaan bole dan betul cuma hukum2 tajwid tak mahir sangat...
Ape pun kena pulak layari tanda2 tajwid dari internet ni
Please make it easy for us ya Qarim
No comments:
Post a Comment