Labels

Tuesday, June 21, 2011

Sukan kak Nurin n Abang Luqman

Abah tengah borak dengan Luqman n the geng yang melilau-lilau tah ape yang dicari
Bukan cari ape pun umi perhatikan, membeli belah, jalan sana sini
Kami sampai awal rupanya...perasmian pun belum mula tapi saringan dah dijalankan untuk acara trek

Lintas hormat rumah merah-Jebat, rumah sukan abang Luqman tapi dia tak masuk perbarisan
Rasanya tahab dua dari standard 4-6, disiplin boleh percayai

Yang menariknya pasukan ni, pada topi trojen yang dipakai oleh pembawa panji-panjinya

Rumah Lekiu-rumah sukan kakak Nurin
Kakak ambil bahagian
Mari kita tengok close up

Tu dia, kakak malu
Yang berlengan panjang, barisan paling kiri, dalam gambar ni, paling belakang
Malu dia pakai sunflower, tapi orang lain yang tengok ok je, supportive
Temasya dirasmikan bila wakil melihat ada beberapa murid yang mengambil bahagian mula nak pengsan, apa da, tak yah cakap banyak, sian budak2 tu dah lah panas, mesti ramai yang tak sarapan
Takut lambat, kena tinggal bas ke stadium. Lucky anak2 umi alas perut dulu kat rumah

Acara darjah 3 - sukaneka, yang umi sempat tengok
Rumah merah leading mulanya, sampai peserta kedua yang alahai...bola asyik lari kebelakang
Buat lawak jenaka pulak, kesian...pasukan ni dapat nombor last sekali no 4
Sakit tekak umi jerit, MERAH! MERAH! MERAH!....CEPAT DIK CEPAT....GO GO GO GO
Luqman cepat luqman....itu yang nak di dengar oleh anak2 sorakan semangat

Lepas guni...kepit bola n lompat pulak, enjoy abang luqman
Seluar peserta kedua tadi mesti licin tu yang bola asyik la terlepas kebelakang tak boleh nak kepit
Seluar baru agaknya...

Dah sampai balik ke tengah, lari dalam guni lagi n pass kat kawan
Masa ni darjah 1 dan 2 juga mula sukaneka lelaki serentak
Pandai pihak pengelola sukan...3 in 1, jimat masa, very thoughfull

Lepas abang luqman main jam dah 10-45am time to go home for halfday work
Terlepas nak tengok kak nurin lari, masa ni dia dah berada di trek seberang padang berkumpul
Umi cuma dapat cakap sekejap selepas dia berbaris

Hari ni kak nurin kata pasukan dia Lekiu menang perbarisan, PBSM menang kategori pasukan beruniform. Dia tak dapat masuk sebab pakaian dia tak lengkap. Yang ada cuma baju dan seluar tampa aksesori yang lain. Tak pe la, tahun depan kakak kata nak masuk pancaragam, so masa ni barulah lengkapkan ye

No comments: