Labels

Tuesday, February 21, 2012

Status hafalan

Rabu lalu setelah hadir kelas hafazan dlm keadaan uzur
Bertangguh sampai hari ahad baru bole sentuh Al Quran
Setakat hari ni, malam besok nak bertalaqi depan ustaz baru hafal ayat 1-3
Ha...! memang bukan mudah, ustaz kata tak susah...bole
Memang boleh...memerlukan keazaman dan hafalan berjadual
60x or 30x baru bole dapat...10x tak boleh
Orang lain mungkin bole...jangan lupa doa sebelum membaca dan doa selepasnya
Alhamdulillah...ana dah hafal doanya


Quran ni lah yang ana pinjam dari mak ana, dia dapat masa balik haji 2006
Terang dan besar2 ayat2nya...senang terutama dengan mata ana

Alhamdulillah... banyak yang telah dipelajari dari Rabu lalu
Diri amat cenderung kepada ilmu dan penambah baikan amal
Aurat...yang pertama ana harus sempurnakan
Aurat diri dan puteri ana
Akhlak...ana pada Allah, pada Rasul, pada suami dan anak2 dirumah
Rumah... bagaimana keluaran anak2 dari rumah ana, akhlaknya, amalnya, tutur katanya?

Susah untuk menghafal, dia tak mau lekat sbb ana tidak melakukan cara yang betul
yang disarankan oleh ustaz, dlm keadaan wuduk, bersugi, bersih hati, tempat yg sesuai
pilih berapa ayat nak dihafal, baca dengan betul 10x, ulang lagi sampailah boleh ingat
Tau maksudnya, sambil membaca, tasmik, maksudnya masuk kebenak
Ulang lagi dah betul2 hafal barulah hafal ayat baru, ulang sampai hafal
Kemudian bacalah dengan ayat pertama....begitulah seterusnya
Ustaz suruh hafal satu muka, ayat 1-11...hmmm....esok smpi ayat berapa anak bole?
Yang penting mesti bagi ustaz dengar, tajwid yg ana risaukan
Subhanallah...seronoknya hadir majlis ilmu, semoga Allah bagi kemudahan untukku
membawa suami, anak2 kemajlis-majlis ilmu demi meningkatkan iman dan amal

Mandi berkain...ha!...berapa orang yg amalkan?
Alhamdulillah ana dah mulakan dari semalam
Semenjak menghafal terasa malu sangat2 dengan  Allah
Ana mesti jaga akhlak ana, sedikit-sedikit timbul kesedaran2 lain
Harus ana grab opportunity ni kalau tidak akan hilang

Misi ana sekali jalan kelas hafazan ialah menghafal ayat2 lazim dalam juz 30
Ayat pertama Wadhuha...setakat ni baru hafal ayat 1-2 dlm sunat dhuha
Apalah...memang rasa payah betul nak ingat...adakah kerana amalan2 ana
Kelakuan ana yg banyak kena perbetulkan, makan ana?
Hati kena sentiasa bersih...subhanallah...indahnya menghafal
Baru belajar menghafal satu surah dan macam2 perubahan pada diri
Banyak yang ana perlu pelajari dan yang harus ana kongsi dengan anak2
Dah banyak idea2 untuk berkongsi dengan family

No comments: