Labels

Thursday, June 21, 2012

Perkongsian Hilal Asyraf tentang IN SHA ALLAH


Hilal Asyraf


Hidup di Malaysia,
saya tak boleh yakin dengan "InsyaAllah" bila orang sebut.
Sebab di Malaysia, ramai sebut InsyaAllah kerana dia rasa dia ada kemungkinan untuk tak nak buat. Cuma kalau Allah izin dia buat, dia buatlah.

Hidup di Jordan,
bila saya dengar sahaja orang arab cakap "InsyaAllah", saya boleh percaya dia.
Sebab disiplin mereka, InsyaAllah adalah janji mereka kepada Allah SWT. Mereka akan usahakan bersungguh-sungguh untuk penuhi/laksanakan, jika Allah tidak izin benda itu terjadi, baru dia tidak dapat memenuhi.

Berbeza kan?
^^

---------------------------------
Ada dua peristiwa fasal InsyaAllah dalam hidup saya di Jordan.

1 - Saya nak fotostat kertas di sebuah kedai. Saya pun cakap: "Pakcik, saya nak fotostat kertas ni."

Kemudian pakcik itu cakap: "Cakaplah InsyaAllah."
Saya hairan: "huh? Kenapa? Saya memang nak fotostat kertas ni."
Pakcik itu cakap: "Iya, sebab itulah kena cakap InsyaAllah. Biar Allah izinkan kamu fotostat kertas ini. Tanda kamu sungguh-sungguh nak fotostat kertas ini. Itu adalah Doa."

2 - Masa saya nak uruskan passport saya sebelum pulang ke Malaysia. Penjaga itu tanya: "Kamu nak pergi mana ni?"
"Balik Malaysia."
Suasana senyap seketika, sambil penjaga itu memandang saya.
Kemudian penjaga itu bersuara: "Katalah InsyaAllah."
Saya baru perasan, dan berkata: "Ah, InsyaAllah." Sambil tersenyum-senyum.

Rupa-rupanya penjaga itu tunggu saya sebut InsyaAllah, tanda saya memang sungguh-sungguh nak sampai ke Malaysia, mendoakan perjalanan saya agar saya benar-benar diizinkan Allah untuk sampai.

Dan saya ada banyak kisah fasal InsyaAllah di Malaysia. Saya pilih satu sahaja.

1 - Saya berjanji dengan fulan bin fulan ini untuk bertemu pada sekian hari dan sekian jam. Fulan bin Fulan berkata - "InsyaAllah nanti ana datang."

Sampai pada hari yang ditetapkan, pada jam ditetapkan, orang yang ditunggu tak datang-datang. Kemudian barulah datang SMS: "Akhi, ana tak dapat datang ni. Ada urusan lain."

"Enta kan dah janji dengan ana tempoh hari?"
"Eh, ana cakap InsyaAllah je."

^^
Sangat-sangat-sangatlah berbeza InsyaAllah kita dan InsyaAllah mereka.

No comments: