KHALIFAH PERTAMA abu bakar as-siddiq
Al-Ibanah lima lish shahabah minal manzilah wal makaanah
Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.
Dari segi umur, Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah S.A.W. dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang diceritakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam
DIRIWAYATKAN bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi Abu Bakar mengunjungi seorang tua apabila beliau berada di Yaman ketika menguruskan perniagaannya. Orang tua itu adalah seorang pendita yang sangat rajin membaca kitab dan mempunyai ramai murid.
Pada suatu hari, ketika Abu Bakar berkunjung ke tempat orang tua itu, tiba-tiba orang tua itu bertanya: “Adakah tuan orang Arab?”
Jawab Abu Bakar: “Ya.... benar.”
“Saya ingat tuan berbangsa Quraish?”
“Benar.”
Abu Bakar berasa hairan kerana orang tua itu mengetahui latar belakangnya. Dia menjadi bertambah hairan apabila orang tua itu bertanya: “Bolehkah saya melihat perut tuan.”
Jawab Abu Bakar: “Saya tidak akan menunjukkan perut saya jika tuan tidak memberitahu akan perkara yang sebenarnya.”
Lalau berceritalah orang tua itu kepada Abu Bakar bahawa mengikut apa yang diketahuinya, seorang Nabi akan diutuskan di Tanah Arab. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang sahabat. Seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur. Sahabat yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindung Nabi daripada sebarang marabahaya. Manakala sahabat yang seorang lagi itu berkulit putih dan berbadan kurus. Di perutnya ada tahi lalat dan di paha kirinya ada satu tanda.
Setelah Abu Bakar mendengar cerita orang tua itu, dia pun terus menunjukkan bahagian perut dan pahanya. Memang Abu Bakar mempunyai tahi lalat di perut dan tanda di paha kirinya.
Sebaik sahaja melihatkan tanda-tanda itu, orang tua itupun berkata: “Demi Tuhan, tuanlah orangnya yang akan menjadi sahabat keppada Nabi itu.”
Setelah Abu Bakar selesai menguruskan urusan perniagaannya di Yaman, dia pun bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Mekah. Sebelum pulang, Abu Bakar berkunjung sekali lagi ke tempat orang tua itu untuk mengucapkan selamat tinggal.
“Boleh tuan sampaikan beberapa rangkap syairku kepada orang-orang Mekah?” katanya.
“Boleh,” jawab Abu Bakar.
Kemudian Abu Bakar pun berangkat pulang ke Mekah dengan membawa rangkap-rangkap syair orang tua itu. Sesampai sahaja Abu Bakar di Mekah, dia ditemui oleh pembersar-pembesar Quraisy yang kelihatan seperti dilanda kesusahan yang berat.
“Adakah tuan ketahui apa yang telah terjadi?” tanya mereka kepada Abu Bakar.
“Apakah peristiwa itu? Hamba tidak mengetahuinya,” jawab Abdu Bakar.
“Anak saudara Abu Talib yang yatim piatu itu telah mengaku dirinya menjadi Nabi. Kami harap tuan dapat menyelesaikan masalah ini. Kalaulah kami tidak mengenangkan tuan adalah sahabatnya, sudah tentu kami membunuhnya,” kata salah seorang pembesar Quraisy berkenaan.
“Baiklah, hamba akan cuba selesaikan perkara ini,” jawab Abu Bakar memberikan jaminan.
Setelah itu Abu Bakar pun pergi menemui Nabi Muhammad.
“Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tuan. Ajaran tuan itu amat menyimpang daripada ajaran nenek moyang kita,” kata Abu Bakar.
“Saya adalah pesuruh Allah. Saya diutus kepadamu dan kepada seluruh umat manusia,” kata Rasulullah dengan tegas.
“Apakah buktinya, wahai Muhammad?” tanya Abu Bakar.
“Buktinya ialah orang tua yang tuan temui di negeri Yaman tempoh hari,” jawab Nabi Muhammad.
“Yang mana satu wahai Muhammad, kerana ramai juga orang tua yang aku temui di Yaman sana.”
“Orang tua yang mengirimkan rangkap-rangkap syair kepada orang-orang Mekah,” jelas Nabi Muhammad.
“Siapakah yang memberitahu tuan, wahai Muhammad?” tanya Abu Bakar kehairanan.
“Malaikat yang pernah menemui nabi-nabi sebelum saya yang memberitahu,” jawab Nabi.
Sebaik mendengarkan kata-kata itu, Abu Bakar terus menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
Setelah selesai urusannya dengan Nabi Muhammad, Abu Bakar pun pergi berjumpa dengan pembesar-pembesar Quraisy untuk menerangkan kepada mereka akan hal Nabi Muhammad yang telah dilantik menjadi pesuruh Allah. Beliau juga telah memberitahu bahawa tugas Nabi Muhammad SAW adalah untuk mengajarkan agama baru, iaitu agama Islam.
Abu Bakar juga menjelaskan kepada mereka bahawa seruan Nabi Muhammad adalah supaya seluruh manusia memeluk agama Islam kerana agama ini adalah agama yang paling sempurna.
Anas meriwayatkan dari Abu Bakar bahwa ia berkata : “Saya pernah berkata kepada Rasulullah ketika kami berdua berada dalam gua: “Sekiranya salah seorang melihat ke arah telapak kakinya pasti dapat melihat kita!” beliau bersabda: “Bagaimana perkiraanmu wahai Abu Bakar jika ada dua orang sedang Allah yang ketiganya.” (HR Bukhori dan Muslim)
‘Aisyah meriwayatkan bahwa Rasulullah pernah berkata kepadanya saat beliau sakit: “Panggilah ayahmu Abu Bakar kemari, dan saudara lelakimu agar dapat ku berpesan, aku khawatir akan muncul orang yang berharap lalu berkata : “Aku lebih berhak.” Sesungguhnya Allah dan segenap kaum mukminin hanya rela menerima Abu Bakar.” (HR. Muslim)
Jubeir bin Mu’thim meriwayatkan: “Seorang manusia datang menemui Rasulullah. Kemudian Rasulullah menyuruhnya agar datang di lain hari. Wanita itu bertanya : “Bagaimana jika nantinya aku tidak menemuimu lagi ?” Maksudnya bagaimana bila beliau telah wafat? Rasulullah menjawab: “Jika engkau tidak menemuiku maka temuilah Abu Bakar” (HR. Bukhari dan Muslim)
Ketiga hadis di atas menjadi bukti kuat bahwa Rasulullah mengangkat Abu Bakar menjadi khalifah sepeninggalan beliau. Sebagaimana juga Rasulullah mengangkatnya menjadi imam sholat sewaktu beliau masih hidup. Demikian juga kaum muslimin sepakat mengangkat Abu bakar menjadi khalifah dan membaiatnya.
Di antara hadis yang menjelaskan keutamaan Abu Bakar adalah: “Andaikata aku akan mengangkat seorang khalil (kekasih) dari umatku nescaya aku memilih Abu Bakar, tetapi cukuplah sebagai saudara dan sahabatku. Sungguh Allah telah mengangkat sahabat kalian ini (maksudnya diri beliau sendiri) menjadi khalil-Nya. (HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah riwayat disebutkan salah satu keutamaan beliau: beliau masuk surga dari kelapan pintunya. Disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, ia berkata “Ayah dan ibuku menjadi tebusannya wahai Rasulullah, cukuplah seseorang dipanggil dari salah satu pintu tersebut, lalu adakah yang dipanggil dari seluruh pintu?” Rasulullah menjawab ”Ada, dan saya berharap engkau termasuk orang yang dipanggil dari seluruh pintu wahai Abu Bakar!”
Diantara keutamaannya, beliaulah yang menginfakkan seluruh hartanya fisabilillah. Oleh sebab itu Rasulullah bersabda “Sesungguhnya yang paling besar jasanya padaku dalam persahabatan dan hartanya adalah Abu Bakar” (HR. Bukhari dan Muslim)
Bahkan beliau termasuk sahabat yang paling banyak mengerjakan amal kebajikan dan termasuk yang terdepan daripada sahabat lainnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Rasulullah bersabda “Siapakah diantara kamu yang berpuasa pada hari ini? Abu Bakar menjawab ”Saya!” Rasul bertanya lagi ”Siapakah diantara kamu yang mengiringi jenazah pada hari ini?” Abu Bakar menjawab ”Saya!”. “Siapakah yang memberi makan fakir miskin pada hari ini?” tanya Rasul lagi. “Saya!” jawab Abu Bakar. “Siapakah diantara kalian yang menjenguk orang sakit pada hari ini?” tanya Rasul pula. “Saya!” jawab Abu Bakar. Kemudian Rasulullah bersabda “Tidaklah terkumpul perkara tersebut pada seorang hamba kecuali pasti masuk surga.” (HR. Muslim)
Itu hanya sebagian dari keutamaan beliau. Abu Bakar As-Siddiq adalah penghulu para sahabat, yang paling utama dan paling disayangi oleh Rasulullah. Dalam Shahih Al-Bukhari diriwayatkan bahwa ketika para sahabat berkumpul di aula Bani Sa’idah, Umar berkata “Oleh yang demikian, kami akan membaiatmu! Engkau adalah penghulu kami, orang terbaik diantara kami dan yang lebih dicintai oleh Rasulullah daripada kami semua”. Lalu Umar mengambil tangan Abu Bakar dan membaiatnya. Maka kaum muslimin pun membai’at beliau.
Rasulullah telah mendoakan ampunan untuk Abu Bakar, beliau berdoa: “Semoga Allah mengampunimu wahai Abu Bakar!” beliau megucapakan tiga kali. Lalu beliau bersabda “Sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada kalian namun kala itu kalian berkata ‘Engkau berdusta!’ Sedang Abu Bakr berkata ‘Engkau benar!’ Ia mengorbankan jiwa dan harta bendanya untuk membelaku. Lalu apakah kalian hendak meninggalkan sahabatku itu?” beliau mengucapakan ucapan itu dua kali. Maka tidak ada yang berani mengganggu Abu Bakar setelah itu. (HR. Bukhari)
Beliau adalah sebaik-baik hamba yang pernah menjadi khalifah. Al-Ajjuri meriwayatkan dari Abdullh bin Ja’far At Thayyar, ia berkata “Ketika Abu Bakar memimpin kami, beliau adalah sebaik-baik khalifah, kasih sayang kepada kami dan yang paling lemah lembut kepada kami.” (HR. Bukhari)
Imam Al-Laaikaai meriwayatkan dari Zaid bin Ali bin Al-Husein bin Ali bin Abi Thalib, ia berkata: ”Abu Bakar As-Siddiq adalah imam para syakirin” kemudian beliau membaca ayat “Dan Allah akan memberi balasan kepda orang-orang yang bersyukur” [Ali-Imron:144]” (Syarah Ushul I’toqod karanga Al-Laaikaai)
Diriwayatkan dari Muhammad bin Ali bin Husein ia berkata “Seorang laki-laki datang menemui ayahku lalu berkata “Ceritakan padaku perihal Abu Bakar!” Ayahku berkata: “Apakah engkau bertanya tentang As-Siddiq?” “Apakah engkau menyebutnya Ah-Siddiq?” Ayahku berkata “Celaka engkau, hamba yang lebih baik dariku telah menyebutnya As-Siddiq, yakni Rasulullah, kaum Muhajirin dan Ansar. Barang siapa tidak menyebutnya As-Siddiq niscaya Allah tidak akan membenarkan ucapannya. Pergilah dan cintailah Abu Bakar dan Umar serta berikanlah ketaatanmu kepada keduanya. Apa yang berlaku setelah itu maka dirikulah menjadi tebusannya!”
Demikianlah sekilas keutamaan Abu Bakar. Beliau adalah sahabat yang paling utama, paling berani, paling taat, dan paling mulia. Selayaknyalah beliau mejadi suri teladan bagi setiap muslim setelah Rasulullah.
Forum List Musykilah Agama Sirah dan Tokoh Islam
Powered by FireBoard
Joomla FireBoard Templates Default EX
Copyright © 2011 Halaqah-Online. All Rights Reserved.
No comments:
Post a Comment