1-Puasa Hari Baidh (iaitu hari ke 13,14 dan 15 setiap bulan)
2-Puasa Isnin dan Khamis
3-Puasa Hari Asyura
4-Puasa hari Arafah (bagi mereka yang tidak menunaikan haji)
5-Puasa 6 Hari Pada bulan Syawal.
6-Puasa Nabi Allah Daud (puasa sehari dan berbuka sehari).
Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim (yang bermaksud): Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang diberi nama "Rayyan", mereka yang berpuasa masuk ke dalamnya pada hari kiamat, orang lain tidak masuk bersama mereka. Akan dikatakan: Di manakah orang-orang yang berpuasa?.." Ayuh amalkan!
“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” (Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan).
Perkongsian Ustaz Don pulak, yg terhangat masa kini :),
No comments:
Post a Comment