Labels

Wednesday, April 4, 2012

Air mani wanita

Para imam fuqaha' telah bersepakat seandainya seorang lelaki atau wanita keluar air mani maka mereka diwajibkan mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar tersebut (1)


Mereka berkata: Sesungguhnya air mani bagi lelaki adalah air yang likat yang keluar ketika seseorang itu naik syahwatnya dan ianya keluar dalam keadaan terpancut. Manakala bagi wanita pula air tersebut cair dan berwarna kekuning-kuningan. Air tersebut keluar sama ada ketika kedua-duanya (lelaki dan perempuan menjalankan hubungan persetubuhan ataupun bermimpi.

Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim didalam kitab Sohihnya:

Maksudnya: Sesungguhnya Ummu Sulaim telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang (hukum) seseorang wanita yang melihat didalam mimpinya sepertimana yang dilihat oleh seorang lelaki? Maka Nabi menjawab "Sekiranya seseorang perempuan melihat perkara ini maka mandilah" (mandi wajib). Maka Ummu Sulaim berkata 'Aku malu tentang perkara ini' 'Adakah terjadi seperti itu? Maka Nabi SAW bersabda 'maka darimana berlaku kesamaan?' Dalam satu lafaz Ummu Sulaim berkata "Adakah wajib keatas perempuan mandi sekiranya dia berihtilam (keluar air mani)? Maka Baginda bersabda "Ya seandainya dia melihat air mani"

Wajib kepada lelaki dan perempuan mandi wajib sekiranya air mani keluar dalam keadaan naik syahwatnya samaada dalam waktu sedar ataupun ketika dia tidur. Telah berkata Imam Tirmizi: "Kami tidak pernah mengatahui ada khilaf dalam perkara ini.

Mazhab Syafie

Hukum mandi tersebut wajib melainkan Imam Syafie tidak mensyaratkan keluarnya air mani tersebut dalam keadaan terpancut dan dalam keadaan syahwat sebagai syarat wajib mandi (3) Iaitu tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan baligh atau pun hampir umur baligh merasa kepuasan setelah keluar air mani atau tidak, berakal atau gila, kesemuanya diwajibkan mandi seandainya keluar air mani.

Mazhab Hanafi, Maliki & Hambali

Manakala didalam mazhab diatas, tidak wajib mandi melainkan air mani itu keluar dalam keadaan syahwat dan terpancut (4) Dan dalil bagi pendapat mereka ialah daripada sebuah hadith yang diriwahatkan oleh Abu Daud "Sesungguhnya Nabi manyifatkan air mani yang diwajibkan mandi adalah sekiranya air mani tersebut dalam keadaan yang putih dan likat" dan sesungguhnya Nabi telah bersabda kepada Saidina Ali ra: "Sekiranya terpancut keluar air mani maka mandilah"

Oleh yang demikian sekiranya seseorang perempuan bermimpi sampai keluar air manibnya perempuan itu wajib mandi dan haram baginya kelakukan ibadat solat, membaca Al-Quran dan menyentuh mashaf Al-Quran, sujud tilawah, sujud syukur dan ibadah2 yg lain, melainkan selepas dia mandi wajib.

Nota: boleh memilih untuk mengikut cara mazhab mana yang dirasakan tidak ragu

No comments: