Masih terbayang jalan tanah merah, air bukit
Becak, kasut sekolah kotor, jinjing kasut sbb tak mau kotor
Meredah banjir d Kg masjid untuk pulang ke segambut dalam
Merentas desa mengelakkan jalan raya yang banjir
Naik bukit turun bukit baru sampai
Menyinsing kain sampai ke pangkal betis dari bukit mata pusat
sampailah bas stop dekat rumah Nawi
Tahun-tahun 78-79 dalam kenangan
Bukit kecik dengan batu besar tempat aku main steve osten dulu
Dah jadi town house
tempat aku bermain dan mengutip biji getah sudah berderet kondo-kondo mewah
dan ada lagi yang akan menjadi deretan condo
Akan terus hilangkah kampung ku?
Akan tersergam kondo dlm 2th lg
Deretan rumah sewa arwah Ceca n Tok...kini tandus
Inilah cerita kampungku sekarang tahun 2011
Ditengah-tengah kerancakan hidup orang kampung segambut
Masih dengan aktiviti social dan harian
Tanah sini nak jual, tanah sana nak jual
Masing2 nak jual tanah, nak gadai tanah, nak rumah teres, banglo yang beratus ribu
Harga tanah yang melambung tinggi berjuta tidak mahu dipertahankan
Mahunya RM wang...nak hidup senang, nak ubah kehidupan
Hai....
Ditengah-tengah rumah2 lot geran merah
Tercacak condo pertama...betul-betul depan surau Ubudiah, kondo Casa3
Sebelah Casa3 tanah arwah Wa Ima
Dulu mengayuh basikal seluruh kl jual kain buat beli tanah
Kini milik cina Taiwan? kondo gantinya
Harta yang dicari, rumah yang dibena, wangnya...hilang jatuh ketanah
Perlukah aku mencari harta yang akan ditelan tanah?
Condo pertama d tengah2 kg segambut dalam
Ilmu, akhlak, susila, budi pekerti, hati yang ikhlas...itu yang harus aku cari
Yang harus aku ajar dan tanamkan dalam hati, fikiran anak2ku
Jangan sampai mereka hilang arah, tak tau, terkapai-kapai, tercari-cari
Tapi dapatkah aku menghalangnya?
Semoga Allah sentiasa memelihara, melindungi dan menyelamatkan anak2ku
Dari tipu daya dunia yang fana
No comments:
Post a Comment