Alhamdulillah..
Sekarang ni ada masa untuk update n buka blog ni selalu
Banyak juga yang boleh ditulis dan dikongsi
Alhamdulillah...
Semoga dilapangkan lagi oleh Allah, dipermudahkan segala urusan yang baik
Dijauhkan dari menzalimi diri dan membuat perkara sia-sia
Tidak lagi mengejar dunia tetapi berhijrah mengejar redha Allah dan akhirat yg abadi
Alhamdulillah...
Banyak yang semakin teratur
Dibuat mengikut keutamaan
Alhamdulillah...
Hari ini lebih baik dari semalam
Lebih memahami tujuan, matlamat, untuk siapa
Alhamdulillah...Syukur ya Allah
Akan selalu ku perbaiki setiap detik dan masa
Semoga mendapat izin dari Allah dan menambahkan lagi ilmu2
Untukku amalkan...yang baik
Alhamdulillah...
Mungkin kelapangan, ketenangan ini dari keredhaan lelaki tercinta
Dari kefahaman anak2
Zikir, berlapang dada, redha...banyak bermuhasabah diri
Berkongsi ilmu dan amal dengan family
Dan juga melepaskan segala yang berat dan memandangnya sebagai ringan
Tidak memandang pada yang lebih tetapi menyelami yang kurang
Bersyukur kerana diberi kesedaran ini
Mensyukuri nikmat anugrah dari Allah seadanya
Kerana sedar dengan pemberian, lebih bersyukur, konsistant dhuha dan solat malam
Bersabar membimbing keluarga mentaatiMU, menjalahi hidup mangikut sunnah
Maklum tentang siapa sebenarnya diri ini - tiada apa yang kita punya - semuanya milik Allah
Alhamdulillah diatas rezeki petunjukmu ya Allah, janganlah dicabut nikmat ini malah tambahkan lagi
Panjangkan usia kami dalam ketaatan kepadamu, tetapkan kami dalam solat2 wajib dan sunat
Basahkan kami dgn memujimu ya Rabb, detik hati kami keranaMU
Kaki dan tangan membuat amal kebajikan, pasrah dan sentiasa bersyukur
No comments:
Post a Comment