Labels

Tuesday, June 14, 2011

Yang tersirat



Sekali imbas macam pokok2 biasa
Tiada bezanya dengan yang lain kecuali rimbunya dahan2 yang subur
Tambahan pula perkampungan ini menggamit pengunjung melihat rumah-rumah disitu
Cuma sesekali melihat pelbagai tanaman hiasan untuk penghuni yang tidak diperlukan
Tetapi bermanfaat untuk hidupan yang lain
Tajam juga mata suamiku yang dapat mengecam
Kelainan dalam ribunan dedaunan

Aha!...rupanya, terdapat sarang yang sangat kemas
Amat tersorok dari nurani seorang ibu yang amat perihatin
Perhatikan kemasnya, amat tersembunyi
Tiada bunyi kecipan, masih belum bersuara? masih baby
Pastinya juga supaya tidak menarik perhatian
Suamiku menguak dahan-dahan supaya kami dapat melihat dengan lebih jelas
Subhanallah!...maha suci kau dengan ketelitian dan keagungan ciptaanmu ya Allah
Betapa cantiknya sarang ini, betapa selamatnya ia
Mulianya tuhanku ya RABB...betapa teliti kasih sayangmu
Betapa KAU memuliakan setiap yang bernyawa
Begitulah yang KAU terapkan dalam nurani ibu kepada anaknya
Subhanallah!
Betapa kudus ciptaanmu
Anak burung ini tidak perlu dibedung, tidak perlu didodoi, tidak perlu dakapan ibunya seperti manusia
Dengan perlindunganmu dan tanggungjawab yang diberikan kepada ibunya dia mendapat makan
Disini dia berehat...membesarkan dirinya, membiasakan dirinya dengan alam sekeliling
Dengan angin, hujan, semut dan serangga2 lain yang amat membahayakan kehidupannya yang amat rapuh


Masih terlalu mentah, terdedah kepada segala jenis bahaya
Ibu dengan sedaya upaya membina sarang ditempat yang amat selamat
Diperkampungan tiada penghuni
Cuma pelawat2 yang bole dibilang dengan jari
Kecuali kedatangan anggota baru
Telah lebih dari sebulan...mungkin anak burung ini 'burung murai' kata suamiku
Telah terbang bebas dan tidak lama lagi akan membina sarang untuk anaknya pula
 Begitulah rantaian kehidupan mereka
Semua bergantung diantara satu dengan yang lainnya


Aku terfikir....adakah mereka berkaitan denganku?
Apa kebaikan aku pada mereka dan mereka kepadaku?
Macam tak nampak apa tetapi aku percaya setiap makhluk Allah ada fungsinya untuk yang lain
Aku cuma berharap aku menjadi insan yang bermanfaat untuk yang lain
Setiap kebaikan kerana Allah dibalas oleh Allah yang maha adil dan maha melihat
Semoga aku menjadi insan yang bermanfaat untuk orang lain, makhluk lain, kehidupan lain
Semoga aku menjadi insan yang bermanfaat untuk benda2 yang mati sekalipun
Aku menggunakan mereka dengan baik dan bijak dengan penuh kelembutan


Kelembutan.... apakah aku lembut? dimata siapa aku lembut?
Dimata suami...apakah aku lembut?
Dimata anak2 apakah aku lembut?
Dimata ibu bapa, apakah aku lembut?
Dimata adik beradik, adakah aku lembut?
Dimata sahabat, rakan taulan adakah aku lembut?
Apakah aku orang yang boleh dipercayai?
Apakah aku memberi manfaat kepada mereka?

No comments: