Labels

Thursday, January 24, 2013

Kisah Wali Allah

Perkongsian kisah dari buku Fadhilat Amal terbitan Era Ilmu ms91 dari tajuk Khusuk & Khudu dalam solah
yang menarik untuk di kongsi, kelebihan ibadah malam dan keteguhan iman orang2 dahulu.

Kisah 2

Syeikh Mazhar Sa'adi rah, adalah seorang wali Allah. Beliau sentiasa menangis selama enam puluh tahun kerana cinta dan rindu kepada Allah swt. Pada suatu malam beliau telah melihat dalam mimpinya seolah-olah sebuah sungai yang dipenuhi dengan kasturi. Di tepi sungai itu terdapat pokok yang subur yang diperbuat daripada mutiara dan dahannya diperbuat daripada emas. Disana kelihatan beberapa orang gadis sedang sibuk memuji Allah saw.

Syeikh bertanya, "Siapakah kamu"?
Mereka menjawab seraya bersyair yang bermaksud "Allah saw yang maha suci, Tuhan kepada Muhammad, yang disembah oleh manusia telah menciptakan kami untuk mereka yang sentiasa berdiri sepanjang malam dihadapan Allah saw serta bermunajat kepadaNYA


sekadar hiasan


Kisah 4

Seorang wali Allah saw berkata, "Pada suatu malam saya tertidur dengan nyenyaknya sehingga tidak terjaga untuk bersolah tahajud. Saya melihat dalam mimpi seorang gadis yang sangat cantik yang belum pernah saya lihat seumpanya seumur hidup. Daripada tubuhnya keluar haruman semerbak yang sangat wangi yang tidak pernah saya hidu. Dia menghulurkan sekeping kertas yang tertulis tiga rangkap syair yang bermaksud, "Kamu terlalu sibuk dengan keseronokan tidur sehingga kamu lupa mahligai di syurga, yang akan menjadi tempat kediamanmu untuk selama-lamanya dan tidak akan datang maut di sana. Bangunlah daripada tidurmu, membaca Al-Quran dalam solah tahajud jauh lebih baik dari tidur

Selepas mimpi itu beliau berkata "Apabila saya mengantuk dan teringat syair tersebut maka ngantukku itu terus hilang


Kisah 7

Hazrat Sarri Saqti rah, menceritakan tentang seorang wanita. Ketika berdiri untuk mengerjakan solah tahajud, wanita itu berkata "Wahai Allah, Iblis juga adalah hambaMU, Engkau berkuasa penuh ke atasnya. Dia dapat melihat aku sedangkan aku tidak dapat melihatnya. Engkau melihatnya dan berkuasa ke atas segala tindak tanduknya dan dia tidak berkuasa walau sedikitpun ke atas segala tindakanMU. Ya Allah, jauhi dia daripada menghasutku supaya melakukan maksiat. Bertindaklah ke atasnya sekiranya dia melakukan tipu daya terhadapku. Aku memohon perlindunganMU daripada kejahatannya dan dengan pertolonganMU aku dapat menjauhinya"

Kemudian dia selalu menangis sehingga sebelah matanya buta. Orang ramai menasihatinya, "Takutilah Allah saw, tetapi jangan sampai mata yang sebelah lagi juga menjadi buta." Dia menjawab, "Jikalau ditakdirkan mata ini adalah mata syurga maka Allah swt akan memberi mata yang lebih baik. Sekiranya di takdirkan mata ini adalah mata neraka maka lebih baik mata ini tidak ada


No comments: