Labels

Wednesday, July 10, 2013

Ahlan wasahlan ya Ramadhan Kareem 2013

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...ALHAMDULILLAH
Ramadhan tiba dalam keadaan kami sihat wal afiat...Alhamdulillah
Alhamdulillah kami hidup dengan izinMU
Alhamdulillah...sambutan dengan amal lebih dari biasa
In sha Allah...terus diamal hingga akhir hayat
In sha Allah...terus diperbaiki, ditambah, diperkemas...in sha Allah

Tidak cuak persediaan rumah
Lebih penting persediaan rohani & jasmani untuk ibadah
Segaknya Amir berbaju melayu - maghrib di surau
"Solat kat surau ke? tanya umi"
"Taklah...melompat....hehehe..."
Selamba melawak, terus amik pinggan capai kfc
In sha Allah...umi cari qurta untuk solat

Hari ni besday kakak Nurin, sgt sederhana
Lepas ni nak tarawih tak bole makan lebih
Seronok tengok iqbal makan mlm ni
Tidurnya awal diriba umi, berdua
Sahur kami sangat sederhana
In sha Allah...berbuka nanti juga sederhana
'Abang bangunkan anak2 untuk solat sunat dulu baru sahur'
Bersihnya wajah Nurin, Amir turun sahur selepas Tahajjud
Alhamdulillah ya Rabb....jangan kau tarik nikmat ini dari kami
Esok, tambah rakaatnya, solat taubah, witir
Esok, tambah lagi rakaatnya, taubah, hajat, witir
Semoga mereka akan menjaga dan berjaga sepertiga malam hingga akhir hayat
Berikan pada kami, berikan pada kami anugerah besar ini ya Mujib
Ya hanana, ya hanana,  ya hanana,  ya hanana

Adik yang sangat ku rindui mengingatkan 30juzuk tadarus keluarga
Berikan rahmahMu padanya dan keluarganya wahai Tuhanku yang maha kaya
In sha Allah...telah ku mulakan pagi ini, berikan kami disiplin diri yang tinggi ya Kareem
Semoga latihan dibulan pahala berganda ini akan terus kami lakukan dgn istiqomah
Ya Allah...Luqman bersahur dgn kawan2 pagi ni
Menitik air mata dari semalam teringatkan dia
Pelihara anakku ya Rahman, lindungi dia ya Rahim, berikan dia kasih sayangMU
Menitik lagi air mata, teringatkan Luqman, pipinya, senyumnya
Petang ni in sha Allah...abah akan jenguk Luqman dengan pesanan nasinya
Tuhanku yang esa....tetapkan anak2ku dijalanMU yang lurus
Tambahkan iman, ilmu dan taqwa mereka padaMU
Jadikan anak2 kami penyejuk hati kami dunia akhirat
Kami halalkan darah mereka syahid hanya keranaMu ya Muiz

Iqbal cuti, nak sahur katanya semalam tapi umi tak kejutkan
Iqbal lena masa umi keluar tadi
Iqbal dah bangun agaknya sekarang
Ya Rabb...kurniakan kami keluarga sakinah, ampunkan dosa2 kami
Ya Rabb...kurniakan kami ketenteraman dan kedamaian hati
Jadikan kami hambaMU yang redha
Redhailah kami, rahmatilah kami

Indahnya sinar mentari 1 Ramadhan
Tenangnya pagi 1 Ramadhan
Lempahkan rahmatMU di bumi Malaysia yang damai ini
Bantulah saudara2 kami yang dikau uji 1 Ramadhan ini
Ringankan beban dan ujian mereka ya Rahman
Tuhanku maha mengetahui, tenangkan jiwa2 mereka
Kuatkan iman dan hati saudara2 kami
Mereka berjuang, semoga menang dijalanMU


No comments: