Labels

Thursday, February 28, 2013

Puding Roti Kukus


Dapat resepi mudah ni dari friend FB via Izyan masterchef, yang tak de pada bahan ialah kismis
Setengah orang buat siap dengan source susu, tapi kalau nak ringkas senang nak buat untuk para ibu sepertiku yang agak malas buat kerja susah yang ni amat memadai, janji sedap dimakan
Mak mertua pernah buat guna air daun pandan so warna agak kehijauan, bau pandannya memang memikat, dia guna susu pekat manis 2-3 sudu je campur air, tak guna mentega, esen vanila tak perlu sebab dah ada pandan.

Balik ni untuk buka puasa, roti ada, pandan banyak, kismis ada, susu ada semua ada lah so memang boleh buat, lebih simpan dalam peti sejuk, bila2 bola sudu masuk mulut...yezza....:)

Esok ada agenda ke rumah anak yatim Bangi...semoga Allah permudahkan. Niat fisabilillah, kerana Allah, kerana mengharap redha Allah, mengharap keampunanNYA, mengharap rahmat dan keberkatan hanya dari Allah.

Puding Roti Kukus

Bahan-Bahan :

1 paket roti (5 keping)
1 tin susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur

Cara-cara :

Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu yang telah dicairkan @ fresh milk, gula sikit, mentega (tak guna pun tak pe kot), garam dan esen vanila (ganti dengan air daun pandan).
Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam (45mins lamanya mungkin utk tahan lama...30mins bole juga kot)
Setelah masak, angkat dan hidangkan, mesti ada lebih so simpan dalam peti sejuk

No comments: