Labels

Friday, November 30, 2012

Coretan

Coretan demi coretan ku lontarkan
Adakah ia bermanfaat untukku
Lepas di benakku...lapang dadaku
Tapi adakah ia bermanfaat untuk orang lain
Adakah baik untuk dunia persinggahan sementara
Walau sementara tapi masih jauhkah?
Baikkah untuk kuburku?
Baikkah untuk kebangkitanku di Mahsyar?
Baikkah untuk timbangan amalku?
Baikkah untukku ketika aku melintas?
Adakah menimbulkan fitnah?
Maksudku...adakah cemuhan, ocengan, kata2 dari hati yang serong?
Siapa yang dapat menahan komentar manusia?
Cuma...berlandaskan apakah komentar itu?
Dari nafsu, buanglah jauh-jauh kerana hanya dosa yang akan dicapai
Dari hati, perlu ditapis dengan akal yang sihat, ikhlas, jernih, bersih berlandaskan iman yang teguh
Perlukah aku teruskan coretan komentar?
Atau ku biarkan saja blog ini terapung-apung
Atau ku tapis satu persatu?
Perkongsian apa yang baik dariku yang cetek ilmu

Ada sebenarnya....
Aku ada banyak buku-buku yang dapat ku kongsi isinya
Betul jugak ye....kerana jari jemari ini memang pantas berlari
Kenapa tidak ku gunakan
Kerana minda ini telah matang, mengapa tak ku tajamkan lagi
Wahai hati yang tenang kurniaan Ilahi
Janganlah kau terlalu tenang, kerana sisa-sisa dosa mungkin masih melekat
Janganlah kau cepat terhibur dengan tipu daya dunia kerana dosa baru hinggap tampa sedar

Kata Rasullullah SAW kekasih Allah
"Jika kau tau...maka kau akan ketawa sedikit, menangis banyak"
Memang benar!
Ya Rabb....jadikan aku hambamu yang sentiasa sedar diri dengan petunjukMU
Tutuplah pandanganku pada kecantikan dunia
Jadikan aku hambamu yang bermanfaat untuk diri dan keluarga
Jadikan aku seorang isteri yang taat, cinta keranaMU, sabar dan kuat
Jadikan aku ummi yang berdiri teguh berilmu, beriman dan bertakwa disaat anak2 diuji
Jadikan kasih sayangku sentiasa hangat dihati-hati mereka
Jadikan aku mukminah yang sangat cintakan amal ibadah
Lidahku berzikir, bertahmid, memujiMU siang dan malam
Hatiku resah bila tidak membaca kalimah-kalimahMU
Mudahkan bagiku menghafalnya
Jadikan ia cahaya dalam kubur yang gelap
Jadikan kata-kataMU yang kami baca dengan ikhlas penghujjah kami
Jadikan aku mukhlasin, setiap niat dan tindakan hanya keranaMU
Jadikan aku penderma yang sangat dermawan
Jadikan aku syahidah yang gugur kerana menegakkan Islam
Jadikan coretanku bermanfaat dengan izin dah rahmatMU
Jadikan anak-anak dan zuriat keturunanku para syahid dan syahidah
Darah mereka bergelora untuk bangkit menjadi muslim sejati yang Tuhanku redhai
Matikan kami semua dalam husnul khatimah bersih dari dosa
Jadikan kami hambaMU yang kau ampuni
Jadikan kami hambaMU yang mendapat rahmat dan keredhaanMU



No comments: