Labels

Monday, October 1, 2012

Luqman 1st day at Tahfiz



Luqman Nul Hakim Bin Mohd Supardi
Lahir Jumaat 6.40 petang di hospital bersalin Kuala Lumpur
Baru saja menyambut hari lahirnya ke10 11 hari yang lalu
Umi dan abah tidak tahu perjalanan hidup Luqman yang telah diatur oleh Allah
Hari ini Luqman menjalani hidup berdikari buat pertama kalinya
Tiada yang umi abah siapkan, semuanya siap sendiri
Tiada lagi suara abah bangunkan pagi...diganti suara ustazah dan kawan2
Tiada suara umi yang akan suruh buat kerja sekolah...tapi suara ustazah
Semoga Allah menguatkan hati Luqman, menenangkan hati dan fikiran Luqman
Itu doa tetap umi...

Malam tadi, umi, abah, kak nurin, adik iqbal hantar barang2 keperluan Luqman
Ke Asputra 2, Maahad Tahfiz At-Tijarah, lupa pulak nak snap photos
Katil 2 tingkat dekat dgn bilik Ustazah Nabila, betul2 depan kipas besar
Dah siap ade tilam tebal tapi sebab Ustazah Liza kata bawak tilam kami belikan
Semua baru, yang tak de cuma laci plastik

Abah kata hari ni dia pegi beli kat Mydin then antar dengan jubah solat sekali
Iqbal beriya-iya menangis malam tadi tau abang dia akan duduk situ
Alhamdulillah...tenang bila umi pujuk & peluk dia
Sayang dia dgn kawan bermain n kawan gaduhnya
Sampai ustazah Nabila turun jemput Luqman yang payah nak naik
Berapa kali umi peluk, berapa kali dia tahan dari menangis
'Tahan' umi kata, itu penting, dia tau umi sayangkan dia
Dia tau, umi nak dia kuat

Sampai 1am masih tak bole tidur semalam, ingatkan Luqman
Macamana Luqman...hanya doa-doa umi setiap masa agar Luqman tenang
Mendapat ilmu yg hikmah.
Minggu pertama memang agar sukar untuk sesuaikan diri
Tapi umi & abah yakin Luqman boleh....telah Allah pilih, Allah lebih tahu
Hambamu ini yakin & redha dengan ketentuanMU ya Rabb

Semoga kesemua kamu anak-anakku...akan menjadi huffaz
yang dapat berbicara dengan Al-Quran, mengerjakan setiap perintah Allah dalam Al-Quran
dan menyampaikan pada muslimin dan muslimat lain IN SHA ALLAH!

No comments: