Labels

Friday, August 3, 2012

Daging Kicap Tiram

Guna resepi asal dari Ayu Singapore melalui blog Secubit Garam yang sy olah, saya skip cili padi sebab anak2 tak boleh makan pedas, saya guna rempah basah dirumah sedia ada campuran bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan serai. Rempah ni sy sentiasa buat senang balik kerja nak masak apa pun inilah rempah basah asas. Masak kurma ke, kari ke, asam pedas. kicap, rendang, ape je la sy suka tumis bawang then masuk rempah basah yg dah siap blender & memang sentiasa ada dalam freezer kecuali bil habis stok. Kalau nak sedap lagi, rendang tampa minyak dulu rempah yang dah dipotong sebelum masuk blender, wangi


DAGING CILI PADI
sumber : Ayu S'pore & Nor Emilia Amran@resipi.net

Bahan2:
500g daging
10 biji cili padi ~  7bj - sy skip
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 cm halia
2 sudu makan sos tiram - 3 sudu
2 biji bawang besar ~ potong bulat ~  1bj
2 biji limau kasturi ~ diperah ambil jusnya ~ 1bj sy guna limau nipis sbb tiada kasturi sy guna sebelah
5 biji cili merah ~ 3bj - guna cili hijau sy hiris dan letak bila nak matikan api, bau yang sedap
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ~ k.nor tambah
garam dan gula secukupnya
Saya buatkan berkuah so sy campur air
1 biji kentang dipotong wedges
3 tangkai kacang panjang potong 2 inci
3 sudu kicap kipas udang
1 sudu cili sos Life

Cara:
Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut dan ketepikan (k.nor rebus dulu utk melembutkan daging). saya juga rebus hingga empuk
Masukkan halia, cili padi, bawang putih dan bawang merah kedalam pengisar dan kisar. guna rempah basah yg sedia ada dalam freezer
Cara mula sini, Panaskan minyak [semula (gunakan minyak goreng daging tadi) dan tumiskan bawang kekuningan then bahan2 yang telah dikisar tadi]. 
Tumiskan sehingga  rempah masak kemudian  masukkan sos tiram, (juga serbuk lada hitam), cili sos & kicap kipas udang. Apabila baunya mulai naik, masukkan jus limau kasturi. Masukkan daging dan gaul sehingga rata campur 2 cawan air + kentang potong wedges. Masak sehingga mendidih, masukkan garam, daging empuk, masukkan kacang panjang, rasa garamnya

Alhamdulillah percubaan pertama menjadi, suami & anak2 puji. Boleh lah buat lagi lain kali :)




Lebih kurang camni la rupanya cuma lebih kuah, lebih menarik dengan kentang wedges, cili hijau & kacang panjang

No comments: