Labels

Monday, July 2, 2012

Umrah

SUBHANALLAH!..Maha suci Allah yang mengatur perjalanan setiap hambanya. ALLAHUAKBAR!...Maha besar Allah yang maha mengetahui, maha teliti, maha adil dan maha perkasa
MASHAALLAH!...wanginya bau bunga...tak sangka bunga lily putih menghasilkan bau yang sangat wangi dan kuat, menggamit untuk aku menghidu baunya...
ASTARGHFIRULLAH!...aku puasa! Puasa sunat Isnin, puasa sunat Syaaban dan mengambil sunat pertengahan bulan Syaaban...ketiga-tiga puasa sunat yang sangat digalakan...semoga Allah menerima ibadahku

 Bouquet dari GIS leavers awards ceremony last Friday evening
I will not see them again all the year 13...farewell and may success followed your steps 

Acik tidak ketinggalan mendengar taklimat dari wakil Tabung Haji, beriya nak ikut mak..."acik-acik". Ye lah...kesian... hari, sekarang ni acik ada dalam bas dengan abah, round ambik/antar budak2 sekolah...macamanalah. Semoga dipermudahkan oleh Allah keatas ahli syurga ini dan pada suamiku, tak sabar pulak nak dengar cerita lucu dari abang balik nanti.


 Mak kanan bertudung putih, bercermin mata, tekun mendengar taklimat (ahad 30hb June, KLIA). 17 orang semuanya rombongan kali ni. Alhamdulillah, tak ramai, Insha Allah senang dikendali oleh petugas2. Waktu ni 1pm. Taklimat habis dalam 30min, mereka terus ke surau untuk qasar Zohor & Asar. Semoga semuanya lancar, sihat, selamat dapat menyempurnakan umrah mereka dengan baik sekali...aamiin.


Acik, sentiasa mengawasi mak, takut kena tinggal :). Delihatan Diba yang akan tidur sebilik dengan mak. Bertuahnya...umur masih muda dah dapat menjejakkan kaki ke Masjidil Haram...Tempat kecintaan setiap muslim, setiap hati menjadi syahdu untuk mengunjungi Makkah, maqam Nabi SAW, Madinah...ya Allah...permudahkan bagiku...panggillah aku...Labbaikala hummalabbaik, labbaikala...syarikalakala baiq


SUBHANALLAH...betapa hati bergoncang, melonjak mahu menciup Hajar Aswad. Mahu duduk bersimpuh di lantaimu yang sejuk. Setiap tubuh menjadi kuat dengan aura pusat graviti ditambah dengan air zam zam penyembuh, penyegar setiap urat dan sendi. ALLAH HUAKBAR!...segala puji-pujian hanya untukMU ya RABB. Betapa aku rindukan Makkah tul muqarramah, betapa aku rindu untuk tawaf mengelilingi KaabahMU, betapa aku rindu untuk berdoa disitu-tempat makbulnya segala doa. Wahai hati rindu...berdoalah sentiasa, merintihlah setiap waktu, agar yang Rabb memanggilmu untuk bersujud dihadapan Kaabah yang tersergam indah..

No comments: