Labels

Tuesday, July 10, 2012

Sambungan Kamal Antartuk







Sultan Muhamad al Fateh mencipta kejayaan ketika berusia 21 tahun…

Beliau berjaya memimpin pasukan tenteranya menakluk Kota Konstantinopel lalu menukar namanya kepada Istanbul atau Islam seluruhnya. Selain tentera yang terlatih mereka juga membawa “Meriam Urban” senjata ampuh yang menakutkan Maharaja Constantine dan pasukan tenteranya.

Kejayaan Sultan Muhamad al Fateh memindahkan kapal-kapal perangnya melalui jalan darat (kapal belayar di daratan) masih menjadi tanda tanya sampai sekarang. Setelah berjaya menakluk Kota Konstantinopel beliau menukar gereja besar Aya Sofya kepada sebuah masjid dengan persetujuan penduduk tempatan dan ketua-ketua paderi.

Apabila sudah dijadikan masjid timbul pula masalah penentuan arah kiblat. Sultan Muhamad al Fateh sembahyang sunat dan berdoa. Kemudian beliau meletakkan tangannya ke dinding Aya Sofya dan bangunan itu bergerak ke arah kiblat.

Aya Sofya kekal menjadi masjid kebanggaan umat Islam sehingga sampai kepada zaman pemerintahan Mustaffa Kamal Ataturk yang menukarnya kepada sebuah Muzium. Sejak itu tidak kedengaran lagi azan berkumandang dari Aya Sofya dan masjid-masjid lainnya.

Mustafa Kamal Ataturk pernah cuba hendak meruntuhkan menara Aya Sofya supaya tidak menampakkan lagi lambang sebuah masjid. Tetapi anihnya apabila menara itu hendak ditumbangkan dengan menggunakan kren maka seluruh bangunan Aya Sofya bergerak. Kerana bimbang bangunan itu turut runtuh maka menara itu tidak jadi ditumbangkan.

Sultan Muhamad al Fateh bersumpah sesiapa yang menukar keputusannya itu akan mendapat laknat dari Allah. Sumpahan itu menjadi kenyataan selepas Mustafa Kamal Ataturk menukar Aya Sofya kepada Muzium beliau mengidap penyakit misteri, iaitu berasa panas yang melampau, hidung keluar darah tidak henti-henti, gatal seluruh badan, tidak boleh tidur, tidak ada selera makan dan perutnya membusung. Beliau akhirnya meninggal dunia akibat penyakit itu dan mayatnya tidak di kebumikan hingga sekarang.

Khabarnya usaha sedang dilakukan untuk menukar semula Aya Sofya kepada sebuah masjid. Semoga usaha itu menjadi kenyataan

No comments: