Labels

Thursday, June 30, 2011

Perantin Yatt-Haryati

 Tak sangka rupanya Yatt ni sepupu my hubby...ibu Yatt rapat dengan kak Ati -kak sulung abang yg berdiri belakang husband Yatt. Dapatlah kami hadir akad nikah Yatt kat Seremban, rumah baru. Menurut ibu Yatt...90% wedding requirement disponsor...Alhamdulillah..murah rezeki Yatt
 Ehem-ehem...sambil menyelam minum air...tak dilepaskan peluang bergambar dengan juru acara majlis anak Cheft Wan n Aziz Desa kat belakang, duanya kenalan rapat Yatt yang meluangkan masa emas dorang untuk hari berbahagia Yatt...masa ni pengantin belum masuk, jemputan pun tak ramai lagi and we all dok depan - Dewan Sri Endon-Putrajaya
 Menu yang disediakan...acar ikan masinnya memang sedap (kiri sebelah kurma)...makanan kampung, request dari pengantin perempuan kata ibunya lah...door giftnya coin purse...cantik masih ku simpan, sayang nak guna
 Diatas singgahsana raja sehari...
"Harilah ini bahagia hari bahagia
Hari berhimpun saudara sanak saudara
Sambil pengantin tersenyum, tersenyum mesra
Bagaikan pinang hai dua dibelah dua"
Bait-bait nyanyian kumpulan kompang ezhar untuk pengantin


 Manis - semasa diiring masuk menuju pelamin

 Atas permintaan pengantin perempuan - kedua teman rapat menjadi pengacara majlis, Shareena, Aziz Desa -Nasi Lemak Kopi-O. Aziz Desa ada berseloroh mengatakan yang dia kecut perut duduk sebelah Yatt memandu...pejam2 mata sambil tangan pegang kuat dalam kereta...hahahaha...Yatt menurut mak mertua memang lincah, celoteh dan berani..mmg terserlah pun


Sekali seumur hidup - cantik, mak mertua kata macam maknya lah masa anak dara...mak Yatt memang cantik pun. Masih ingat mak dia turun dari tangga rumah barunya diseramban untuk sambut tetamu, slow sebab pakai high heel, Yatt suruh pakai katanya... Kami sempat jengok Yatt sedang dimekapkan dalam bilik perantin...hei...hai...dengan suara serak dia bersalaman dengan kami...dia bukan kenal aku, tapi dia memang mesra. Lepas2 tu adalah jumpa kenduri kawin rumah sedara-mara sekitar ampang, kampung pandan, Yatt bawak baby girl dia yang comel...tetap cantek dan celoteh

1 comment:

fidah said...

Peristiwa ni memang dah lama...anak Yatt pun dah besar dah berlari-lari pun. Shareena pun dah beranak juga -hanshem anak dia, kacukan lah katakan