Labels

Tuesday, July 6, 2010

Suatu ketika


Malang memang tidak berbau
Pagi tu elok je umi antar bal ke baby sitter
Jam 11pg baby sitter called, Bal jatuh!
Dia kata terseliuh je dah antar urut
Umi ingat biasa2 je...
Tengahari umi call, dia kata nangis sikit-sikit je, umi lega
Menjelang petang hati rasa tak sedap...asyik teringat camne Bal
4.30petang terus balik
Sampai rumah baby sitter suasana senyap, tak de budak2
Slalu rumah tu tak pernah sunyi
Masuk la dulu kak kata baby sitter lepas jawab salam... hati aku berdebar
Kelibat anakku yg selalu kemuka pintu tidak kelihatan, sunyi...hati mula cemas
Anak aku terbaring di tilam nye...tangannya bengkak warna purple tanda dah lama
...dia menangis bila melihatku...meleleh airmatanya...orgnya tidak berdaya
Ya Allah...kesian nya nak
Ya Allah! Ni patah ni...kata ku sebak...ku tahan emosi walau mata dah bergenang
Rasa bersalah yang amat sangat...penyesalan kerana tidak cepat melihatnya tengahari tadi
Pelan...ku raba siku yang dah bengkak teruk
Anakku mengangis...'tak nak mi...tangisnya, aku juga menangis...patah ni! kata ku lagi
Dari tak naknya tu aku merasa betapa sakitnya ketika diurut siku patah tu
Disentap agaknya...ya Allah...tak tergambar berombaknya dadaku ketika itu
Ye ke kak...tukang urut kata terseliuh
Kalau terseliuh dia tak kan baring, dia akan main, cuba tengok dia langsung tak boleh gerakkan tanganya kan? tanye ku
Aku angkat anakku dan minta baby sitter bawakkan barang
Aku letak perlahan dalam kereta baringkan dia
Aku tak tau nak bawak kemana...HKL? Tawakal? Selayang? Damansara Specialist? Klinik panel Segara?
Aku call suami...panic sambil memandu...dia suruh terus ke Selayang
Aku call HR tanya insurance
Hampir ke arah selayang perut ku sakit amat sangat, kenapa serang ni dia sakit!
Aku pusing ke arah rumah...takut sakit mengganggu urusan nanti, sapa nak jaga Bal klu aku perlu ketandas
Oh tidak...aku tak percayakan sesiapa pun dlm keadaan ni. Aku mesti sentiasa besama dia
Selesai urusan aku ke Selayang dengan suami sekali
Subhanallah! setelah bersusah payah berjam-jam sampai lenguh-lenguh seluruh badan
Anakku kene admit...kene operation! mmg sah tulangnya patah dan pecah
Empat hari juga di hospital masuk hari khamis, ahad baru keluar
Selamat operation...alhamdulillah

No comments: