Labels

Friday, June 25, 2010

I'm back

Setelah sekian lama..3 bulan aku tinggalkan blog ku membisu seribu bahasa. Telah hilangkah kata-kata, idea, perbincangan, perbicaraan, peristiwa?
Malam ini...cuaca diluar nyaman...anak2 lelaki ku bersama suami sedang rancak menonton piala dunia perlawanan antara Brazil dan Portugal, tempat biasa, mamaks Bistari dalam 15 langkah dari rumah. Pastinya perlawanan yg hangat, keduanya handal.

Anak perempuanku sedang dibuai mimpi. Mataku juga dah berat tapi mesin basuh sedang menderu.
Siap...aku kena tidor. Esok banyak sungguh yang harus aku lakukan. Setelah solat subuh aku harus membasuh lagi kain sambil membersihkan rumah, siapkan sarapan. Aku juga harus kepasar esok. Yg tinggal cuma cukup untuk dua tiga hari. Bila lagi aku ade masa untuk kepasar kalau tak hujung minggu. Aku putuskan untuk ke Pasar Basah Taman Ehsan saje esok. Memang agak mahal tapi memikirkan jimat masa,  petrol dan duit sebab kalau ke pasar besar, besarlah duitnye, mesti punya. Balik masak cukup-cukup untuk tengahari sebab malam abang Bani buat tahlil so makan free. Lepas tu Cik Lan pulak niat nak belanja makan 'Ayuthaya Tomyam'. Kalau jadi pegi sebab dah clash cam ni jamah ringan2 je la rumah kak Kiah.


 Our team - bole menang ke? 2 bonzer yg berat, 2 sweet 50ies...belasah je la. FIKIRKAN BOLEH!

Lepas zohor kene belatih swimming. Echo-challenge nanti aku amik bahagian swimming and running. Gym kene every alternate days, swimming every saturday how many times can i practise? two times before 22 Julai.


Hehehehe....semangat utk menang!

Semoga Allah permudahkan esok. gud nite...sweat dream

No comments: