Labels

Wednesday, November 18, 2009


Anak - kasihku adalah untaian sayang, syukur, gembira, gundah, harapan dan pasrah. Masih jelas diingatan tika aku mula mengandung kalian sehinggalah kamu kini. Padaku kamu semua adalah anak2ku yg comel dan masih berbau bayi.

Amir putera pertama... kemerahan, berbedung, hansomenyer anak umi, wanginya, menitis airmata sewaktu nurse Pusat Rawatan Islam Jln Ipoh membawa kamu pada umi buat pertama kali selepas umi bertarung untuk melahirkan kamu. Umi masih lagi menitiskan airmata kini bila mengimbau kenangan itu. Amir budak baik. Puas mendapat semuanya dahulu and the best.. anak sorang lah katekan.Mase ni tak de komitmen ape-ape lagi. Ade arwah onyang tolong jaga, nenek sepenuhnya, pakcik-makcik semua curah kasih sayang pada kamu. Untung kamu anak pertama.


Nurin.... satu-satunya puteriku.. sejak dlm kandungan aktif.. mudahnya umi lahirkan kamu. Tak sabar2 kamu nak keluar. Umi nak sgat menjengah arwah atok mlm tu.. balik rumah umi dpt tanda darah dan keesokan paginya kamu lahir... anakku kah ini @ tertukar? Umi mula gundah... hidung penyek, gelap! "Abang tak salah ke mase letak baju baby tadi? tanye ku pada suami. Tak... abang taulah.." Umi susukan kamu, kamu pandai menyusu, diam tak bnyk kerenah, umi rasa kuat boleh lagi jln kat Hosp Selayang tengok org lain, siap cari bdk perempuan yg same masuk labour room, nak tengok baby dia kot2 muka cam umi or abah. Mgu pertama mmg susu belum byk.. balik rumah kamu melalak sampai tengah malam... abah dpt cari susu Lectogen dari 7-11, barulah lega ... seisi rumah nenek terganggu dengan tangisan nyaring kamu. Pelat kamu cuma hilang 3 tahun kemudian. Seumur 4 tahun kamu dah pandai cebok berak sendiri!. Nurin puteri umi semakin sunti, kurang sikitlah melompatnye. Ciri-ciri keibuan telah terserlah.


Luqman-putera umi paling hansome sehansome namenya. Lahir di GH-payahnya umi masa tu, pergi check-up Dr suruh g hospital tekanan darah naik. Nenek suruh makan timun utk turunkan tekanan, smpi sana bp ok. G rumah mentua tengok biras dpt baby 4 hari sebelum kamu. Mentua suruh makan dah tak selera, contraction mula dari pelan ke kerap..."pegilah Fidah.. jln jem nanti beranak dlm kereta pulak, risau mak" 3.45ptg keluar dr rumah mentua 6.50pm kamu lahir. Susahnya branak kat GH, bersesak, penuh, bilik air jgn cakap lah,, qeu..susu kering, kamu bangunkan kawan2 lain seawal 4pagi.. Kawan pejabat dari bilik sebelah ceacer boleh dtg jenguk umi dlm kepayahan...thank Rosie. Kamupaling nakal tak habis2 mengusik orang. Kenangan melahirkan kamu membuat umi serik melahirkan... telatah kamu mmg buat umi dan abah menggeleng. Kami semua boleh tak perasan kamu masih bermain diatas gelongsor sorang-sorang bila kami semua dah naik trem di Zoo negara untuk melihat tempat lain. Bila Amir tanya 'umi mana Luqman'.. berkejar abah cari kamu dan kamu masih lagi disitu bermain. Kamu satu-satunya anak umi yg pandai mengambil hati... please... dgn memek muka membodek. Ape bende semua kamu ingat main. Kenapa umi rasa Luqman boleh jaga umi nanti? Mungkin kamu yg paling sabar? Allah saja yang tahu


Iqbal-lahir 6 tahun selepas Luqman... ingat dah tak de dah... eh Allah beri lagi pada usiaku 39th bimbang. Tulah kata orang jangan kata tak nak!-Bangun pagi air ketumban pecah mengalir dari tangga teratas,dua kain, satu tuala besar & tebal tak dpt tampung, pad... tak payahlah. Baru semalam umi cek kat hospital selayang tapi disuruh balik, mujur yang tiga umi minta abah antar rumah nenek. Alhamdulillah proses kelahiran kamu mudah langsung tak berjahit - Kamu seorang yg paling berani, aktif, cepat, petah dan paling manja maklum paling bongsu. Abang man pun lama manja tapi kamu lagi manja. Kamu paling beruntung. Ade bibik jaga kat rumah... tak perlu usung pagi buta dan balik rumah bila gelap. Umi dpt kerja balik 4.30 petang. Cepat umi dpt jumpa kamu lagi. Kamu penghibur seisi rumah kini. Manja, pandai, comel. Kamu juga beruntung kakak dan abang2 dah besar2 boleh tolong umi jaga kamu. Bibik lagi 24hari balik terus.
Semua anak2 umi cepat pandai bercakap, rahsia doa umi ...fasihkah lidah anak dalam kandungan ku yaAllah untuk membaca surah-surahmu dan berzikir padamu. Segala puji-pujian bagimu ya Allah yang melengkapkan kehidupanku sebagai seorang perempuan. Selawat dan salam kepada Rasulullah, para sahabat, keluarga dan umatnya.

5 comments:

K.Nor said...

salam fidah.. syahdunya baca kisah ni.. bila kita menjadi ibu, kita dpt merasakan apa yg ibu lain rasakan. dr saat kenakalan berada dlm rahim, saat melahirkan hingga la anak2 membesar. semua menjadi kenangan indah yg tak mungkin boleh diulang tayang.. sama cam nor, ada 3 boys dan 1 girl.. dan tahniah kerana dah ada 'rumah' baru ni.. semoga ukhwah antara kita berpanjangan

Fidah said...

Hi Nor, terima kasih atas comment Nor.
Alhamdulillah kita ibu, kita ade boys and girl.
Aa seronok juga,i mmg suka menulis, untaiankasih tempat mencurah kasih..
InsyaAllah.. amin. Kenalkan fidah pada member2 Nor yg lain yek..

K.Nor said...

fidah
boleh bg nor add email or add YM?
lebih senang nak bersembang atau bersoal jawab bila guna YM
sila tinggalkan add email or YM kat shoutbox nor
nanti bila nor dah add nor akan delete smula
tq

K.Nor said...

nor dah add .. nafidah saleh kan..

Fidah said...

ye betul. i g check fb