Labels

Thursday, October 14, 2010

Sunway Lagoon



Saat berkumpul dengan keluarga adalah saat yang paling manis
Tak kira apa bangsa dan agama setiap orang merasa seronok bila berkumpul
Inilah peluang untuk berbual mesra, gelak ketawa, makan bersama, sharing pengalaman hidup
Kawan-kawan sekolah yang lama hilang misalnya
Saat berkumpul kembali setelah sekian lama amat menerujakan

Kali ini setelah dua tahun
Adik ku yang bemastautin di Australia pulang beraya bersama
Balik kali ni dia nak bercuti sekali sebab dah 2 tahun juga keluarganya tidak bercuti
Hari raya ke-5, dia menyewa suit di Sunway Lagoon Resort


Memang seronok tengok waterpark diluar cermin
Tambah seronok dorang yg main
Teruja aku tengok pelbagai permainan air
Tapi apakan daya sekadar tengok je la 
We older women, duduk dlm bilik temankan besan
Mak Jiun bercerita tentang hidupnya, sakitnya, sunyinya, kerjanya

Yang penting anak-anak seronok
Dan yang terlebih seronok anak-anak ku dan anak-anak Aini
Bukan anak Epeng...pelik! tapi itulah dia...

Walaupun kami tidak bermalam bersama mereka
Tapi cukuplah beberapa jam melayan anak-anak disitu
Terima kasih adikku...semoga Allah melempahkan rezeki yang lebih luas
Business mu semakin berjaya dan berkembang
Boleh kami tumpang senang lagi...
Amin
Kami, sambung beraya ke Ampang dan Gombak




Percutian ini sebenarnya seiring dengan ulang tahun anak ke-3nya
Sekali dengan anakku yg ke-3 juga lahir pada bulan yang sama
Seringkali yang kita rancangkan tidak menjadi tapi lain pulak jadinya
Kek enak yang ditempah jatuh dimuka pintu
Habis rosak hiasan kek
Tak tau macamana rupa sebenar kek
Yang penting semua orang enjoy makan kek tu
Semoga mereka berdua memperoleh redha Allah dunia dan akhirat
Menjadi putera dan puteri penyejuk hati ibu bapa dan keluarga
Peroleh kejayaan dunia dan akhirat

No comments: