Labels

Tuesday, June 26, 2012

Anak




Anak adalah anugrah dari Allah yang tidak ternilai harganya
Kehadiran anak atau cahaya mata adalah sesuatu yang diimpikan oleh setiap pasangan
Sejak dalam kandungan lagi segala persiapan telah diatur
Ibu mengandung menjaga kandungan dengan sebaik mungkin
Menjaga pelakuannya, makan minumnya, amalannya
Disarankan membaca Al-Quran, mengamalkan ayat2, doa2 tertentu
Ibu solehah melakukan yang terbaik dan termampu
Sebenarnya tanggung jawab dalam kandungan bukan pada ibu yang mengandung sahaja
Si bapa pun mesti sama, agar anak yang lahir adalah anak penyejuk hati

Kedatangannya dinanti dengan debar penuh gembira
Kesakitan dan susah payah ibu mengandung cuma Allah yang tahu
Ganjaran setiap darah yg mengalir, setiap urat yang putus amat besar disisi Allah
Maka lahirlah, cahaya mata yang dinanti setelah ibu bertarung nyawa
Tangisan pertama si anak menitiskan airmata ibu bapa
Dibelai, didodoi, didukung penuh kasih dan sayang
Bau mu wangi dan suci
Lahir tanpa dosa
Ibu bapa dan penjagalah pencorak masa depanmu

Gelak tawamu amat menghiburkan
Setiap perlakuan anak2 kecil, perlakuan yang amat manis untuk dikenang
Jerih payah ibu dan bapa membesarkanmu
Setiap keperluan disediakan, sakit demam dijaga, makan minum diurus
Kemudian kau membesar tidak sabar menjadi dewasa
Alam remaja alam yang paling mencabar kepada anak2 dan ibu bapa
Didikan agama, sahsiah diri, adap sopan, hati yang ikhlas dan pekerti yang luhur
Harus dipupuk, disemai, diajar semenjak anak2 kecil
'Melentur buluh biar dari rebungnya'
Kelak apabila menjadi buluh amat payah untuk dibentuk semula
Doa dan usaha gigih dari ibu bapa dan keluarga tanpa mengenal jemu
Dapat membawa mereka ke jalan yang benar

Janganlah menjadi anak yang menderhaka
Janganlah menjadi anak yang kurang ajar dan tidak mengenang budi
Janganlah menjadi anak yang tidak sopan dan mencemarkan nama baik orang tuanya
Janganlah sombong, tamak, riak, ujub, dengki penuh dendam
Jadilah anak yang baik, sopan, lembut tutur bicara
Ikhlas hati, menjaga baik nama keluarga tercinta
Amat merendah diri, baik amalan dan sentiasa mencari ilmu
Agar semakin dekat dengan Allah...takut berbuat dosa...sentiasa memohon keampunan,
keredhaan, kebaikan, perlindungan, rahmat, kejayaan dan bertawakkal kepada Allah

Kelak anak2 akan menjadi ibu dan bapa
Waktu itu barulah kamu mengerti dengan penuh pengertian
Apa2 yang telah dilalui oleh kedua ibu bapa kamu dahulu
Betapa besar kekuasaan Allah...
Betapa Dia maha pengasih lagi maha penyayang
Yang sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya
Mintalah agar tidak dibutakan hati, tidak dipekak kan telinga
Mendapat kejayaan dan kebahagian hidup didunia terutamanya akhirat yang kekal abadi




No comments: